Jom amalkan konsep suku suku separuh. Pratikkan pemakanan sihat!

By Cikla Shahril - October 27, 2018

Korang pernah dengar tak pasal ni? Nak tau, jom baca info menarik ni dan mari praktikkan! First, apa yang diperlukan adalah sebuah pinggan berukuran kira-kira 10 inci dan jom ikut langkah mudah berikut:

Jom amalkan konsep suku suku separuh. Pratikkan pemakanan sihat!
Jom amalkan konsep suku suku separuh. Pratikkan pemakanan sihat! 

* Suku pertama pinggan (anggaran satu genggaman tangan) diisi dengan sumber KARBOHIDRAT seperti nasi, mi, roti dan bijirin di mana kumpulan makanan ini merupakan sumber tenaga utama kepada badan kita. 

* Suku kedua (anggaran saiz bahagian tapak tangan) pula diisi dengan sumber PROTEIN seperti ayam, ikan, daging, telur dan ke kacang yang mana ia diperlukan untuk tumbesaran, perkembangan dan memperbaiki tubuh.

* Separuh pinggan lagi (saiz secekup tapak tangan atau cupped hand) diisi dengan buah-buahan dah sayur-sayuran yang kaya dengan sumber serat, vitamin dan mineral yang mana ia penting untuk membantu pelbagai fungsi penting tubuh badan kita.

Tapi, korang jangan lupa pula minum air secukupnya (6 hingga 8 gelas sehari) sebab ia penting untuk mengawal suhu badan, menang mengangkut nutrien serta bahan buangan dalam badan kita. Kalau korang jenis yang aktif dan banyak berpeluh, sebaiknya mengambil 2 gelas air tambahan untuk mengelakkan dehidrasi berlaku. Last, kawal pengambilan lemak, minyak, gula dan garam.

Jom amalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat. InshaAllah, sihat dan sejahtera.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. aida da few months amalkan ni, cikla.
    at first sgt la susah.
    keinginan tambah nasi tu membara.
    now, da boleh makan mcm biasa.
    suku suku separuh tu dah biasa saje. boleh tahan.

    ReplyDelete
  2. Terbaik kerana kongsikan cara pemakanan yang sihat dan betul. Saya baru nak mulakan cara pemakanan yang sihat. Doakan semoga terus istiqamah dalam menjaga kesihatan.

    ReplyDelete
  3. sekarang ni memang ikut panduan pengambilan ni sebab banyak mudarat makan lebih ni selain gemuk

    ReplyDelete
  4. Cars pemakan begini sesuai untuk kanak2 umur 7 tahun?

    ReplyDelete