Kesalahan dalam bersolek.

By Cikla Shahril - August 30, 2016

Ada orang bersolek sebab untuk nampak lebih yakin, lebih-lebih lagi kalau berhadapan dengan orang ramai. Tapi, kadang-kadang kita terlupa ada beberapa 'kesalahan' yang kita lakukan. Mesti kita tak nak nampak 'pelik' dan orang tengok kita semacam je kan? So, jom kita baca apakah kesalahan yang mungkin kita dah buat.

Kesalahan dalam bersolek.
Kesalahan dalam bersolek. Kredit Google. 

Kalau korang nak nampak lebih 'natural beauty' gitu, tak perlulah nak pakai bedak asas tebal tebal sangat. Cukup guna pelembap je sebab just nak nampak wajah kita nampak bermaya dan fresh.

Sebenarnya, kalau korang menggaris mata dengan warna hitam, ia hanya akan menjadikan mata korang nampak kecik. Kalau korang nak buat mata lebih menyerlah, guna eyeliner berwarna tanah. Kalau nak cantik lagi, gariskan mata dengan pembayang mata. 

Pakai gincu tanpa memakai pelembap bibir terlebih dahulu. Kalau korang tak gunakan pelembap bibir tu, bibir akan mengalami kekeringan dan pecah. Dah tentu nampak tak cun dah. Betul tak?

Bersolek tanpa 'mengoleskan' concealer di bawah mata. Sebenarnya penting mengoleskannya sebab ia akan menjadikan mata korang nampak 'terbuka' dan lebih cantik, terutama kalau guna 'highlighter' pada tulang pipi. Seeloknya guna concealer bertona lebih cerah berbanding warna kulit asal korang untuk mencerahkan wajah.

Hanya memakai maskara pada bulu mata atas. Salah tu! Paling elok, kalau nak nampak mata korang lebih besar, pakai maskara pakai bahagian bawah jugak. Oleskan 2 kali maskara pada bulu mata atas dan sekali pada bulu mata bawah. Rona maskara hitam pekat adalah yang paling baik lebih lebih lagi kalau korang nak bergambar, dan pastikan ia dioles dari akar hingga ke hujung maskara.

Tak mengenakan pemerah pipi, so korang nampak lebih pucat terutama dalam gambar. Tak salah kot, korang oleskan sikit pemerah pipi tu pada tulang pipi korang. Tambahan pulak, ia akan menjadikan bentuk tulang pipi lebih menyerlah dan wajah nampak fresh. Kalau nak nampak lebih natural, warna merah jambu sesuai untuk korang yang berkulit cerah, manakala untuk korang yang berkulit hitam manis elok guna warna pic. Cubalah.
Selamat mencantikkan wajah ye.

Sumber : Ruangan Sekilas Cantik.

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. salam...
    nieyl jenjalan pagi sini.. ♥
    menarik tips nie...nieyl biasa nya kalau boleh g keje mmg make up sesimple yg boleh..
    kalau keluar je akan tebal sikit laaa...

    ReplyDelete
  2. yg pemerah pipi tu tak pakai --' patot lerr nmpk pucattt

    ReplyDelete
  3. Yang no 4 tu siqah tak buat.. Takde concealer 😢😢

    ReplyDelete