Lelaki berbeza sebelum dan selepas kahwin?

Korang agak sensitif tak tajuk kat atas tu? Ada orang cakap, orang lelaki ni masa bercinta dan selepas berkahwin, perangainya boleh berubah. Ye ke? Itu kena tanya tuan punya diri kot. 

Bagi cikla, tak semua lelaki macam tu. Ada yang sama je tak kira masa bercinta atau dah berkahwin. Kata orang, itu hal biasa bagi seorang lelaki.

Dalam satu artikel yang cikla baca ni (artikel dari ruangan Dunia Lelaki, Majalah Wanita), ada beberapa perangai lelaki sebelum dan sesudah mereka berkahwin. Maaflah kalau ada lelaki yang tak setuju. Huhu

Lelaki berbeza sebelum dan selepas kahwin?
Lelaki berbeza sebelum dan selepas kahwin? Image credited to google.

Lelaki dan minat.
Betul ke kalau dulu, maknanya sebelum berkahwin, diaorang selalu bercerita pasal minat mereka, nak-nak pulak suka cerita pasal keretalah, motorlah. Lepas tu, kita ni pun syok layan jelah cerita mereka. 

Tapi, bila dah kahwin, jangan terkejut kalau suami kita tak kenal nama ikan, bawang dan sebagainya. So, kitalah yang kena kenalkan semua ni pada mereka.

Kenali 'madu' anda.
Ehem ehem. Bukan 'madu' yang tu ye, tapi apa yang menjadi kegemaran dan kesayangan mereka selain dari kita. *of course

Kebanyakan lelaki sanggup perabih duit semata-mata untuk minatnya terhadap kereta/motor. Tukar itulah, tukar inilah. Upgrade itulah, upgrade inilah. 

Nanti bila dah kahwin, janganlah nak merajuk jeles tak tentu pasal kalau dia lebih memberi 'perhatian' pada 'kesayangannya' itu. Siaplah kalau kereta/motornya tercalar sikit, perasan aje. 

Tapi, elok jugak kan mereka ada hobi macam ni, kalau hobi yang lain macam alamatnya kita yang makan hati nanti. 

Kurang berbalas pesanan.
Kalau dulu masa bercinta, amboi asyik-asyik telefon, asyik-asyik mesej, asyik-asyik videocall. Rindulah katakan. 

Tapi bila dah kahwin, nak balas satu mesej pun amik masa sejam. Paling tak pun, dia akan baca tapi tak balas pun. 

Alasannya sibuk kerja, tak dan nak balas. Marah ke? Tak payahlah nak marah, merajuk bagai. Memang perangai lelaki macam tu kalau dah kahwin. *kebanyakannya tak semua tau.

Sado yang palsu.
Bila belum berkahwin, amboi siapa yang tak bangga kembang kempis hidung cik abang sado jalan sebelah kan. Tapi, bila dah kahwin, la abang sado kita ni takut lipas rupanya. Haha. Ada ke camni?

Air tangan ibu.
Kebanyakan lelaki sebelum berkahwin dah biasa makan di kedai atau makan masakan ibunya. So, kalau dah kahwin, kadang-kadang walaupun si isteri chef champion dalam bidang masakan sekalipun, kau hidanglah makanan satu meja, memang tak kena dengan selera mereka. 

Jangan marah kalau mereka membandingkan masakan kita dengan ibunya, bayangkanlah hampir 30 tahun dia makan masakan ibunya, so bagilah mereka masa untuk mereka menyesuaikan tekak mereka dengan masakan kita. 

Lagi bagus kalau kita belajar masakan cara ibu mereka. Bak kata orang; tak pandai masak takpe boleh belajar. Yang penting rajin dan usaha nak belajar.

Teman shopping.
Haaa, yang ni memang obvious giler. Kalau masa bercinta, diaorang sanggup temankan kita shopping walaupun berjam-jam *walaupun window shopping. 

Tapi, tunggulah lepas kahwin nanti, sejam shopping pun dia dah cakap lamalah, kita cerewetlah. Macam-macamlah. Betul tak?

Entahlah, tak taulah betul ke tak kan. Bagi cikla semua terpulang pada individu tu sendiri. Macam tak adil pulak kan nak kata sebelah pihak je. Betul tak? 

Ermmm, perempuan pulak macam mana? Sama ke sebelum dengan selepas kahwin?  Sapa nak jawab? Hihi... 

3 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews