Tiroid dan masalah jantung? Apa kaitannya?

By August 11, 2025

Tiroid mungkin hanya seketul kelenjar kecil yang terletak di leher, namun peranannya dalam sistem tubuh kita sangatlah penting ye. Salah satu fungsi dia adalah kawal kadar metabolisme badan melalui penghasilan hormon yang dikenali sebagai T3 dan T4. 

Hormon-hormon inilah yang bertindak seperti 'pengawal selia utama', pengaruhi macam mana badan kita guna tenaga, awal suhu badan, atur kadar degupan jantung, malah boleh bagi kesan kepada hampir semua organ, termasuklah jantung.

Tiroid dan masalah jantung? Apa kaitannya?

Mungkin ramai yang tak sedar, bila kelenjar tiroid mula ada problem, tak kiralah sama ada jadi terlalu aktif atau terlalu lemah, jantung jugak akan turut terima kesan. Malah, dalam sesetengah kes, gejala pertama yang muncul bukanlah pada kelenjar tiroid itu sendiri, tetapi pada sistem kardiovaskular.

Bila kelenjar tiroid menjadi terlalu aktif, keadaan ini dikenali sebagai hipertiroidisme. Biasanya denyutan jantung boleh menjadi lebih cepat daripada biasa, walaupun seseorang itu sedang berehat. Ramai yang sangka ini hanyalah rasa cemas biasa je, tapi hakikatnya, jantung sedang bekerja lebih kuat akibat pengaruh hormon tiroid yang berlebihan. 

Dalam keadaan ini, jantung boleh berdebar tanpa sebab, rentak denyutan boleh jadi tak sekata dan dalam kes tertentu, boleh wujud risiko fibrilasi atrium iaitu sejenis gangguan irama jantung yang boleh meningkatkan kebarangkalian serangan strok. Huishh, bahaya kan?

Sebaliknya, kalau kelenjar tiroid jadi terlalu perlahan pulak, ia dikenali sebagai hipotiroidisme. Degupan jantung boleh jadi perlahan dan lemah. Badan pulak akan rasa lesu tak bermaya. Dalam tempoh yang lama, hipotiroidisme jugak boleh sebabkan pembesaran otot jantung, pengumpulan cecair di sekitar jantung dan gangguan terhadap blood pressure. Ia juga boleh tingkatkan paras kolesterol tak baik dalam darah, sekaligus mempercepat risiko penyakit jantung koronari.

Lebih menakutkan, ramai yang tak sedar yang gejala-gejala ini semua berpunca dari masalah kelenjar tiroid sebab ia 'menyamar' sebagai isu jantung. Sedangkan puncanya bukanlah semata-mata dari gaya hidup atau diet, tapi dari ketakseimbangan hormon yang boleh dikesan melalui ujian darah mudah iaitu thyroid function test (tft). 

Itulah sebabnya, bila seseorang itu mengadu jantung berdebar tanpa sebab, cepat letih, susah bernafas atau berat badan berubah secara mendadak tanpa sebab, pemeriksaan kelenjar tiroid jugak wajar dipertimbangkan. Sama ada terlalu laju atau terlalu perlahan, perubahan pada rentak jantung boleh jadi ‘petunjuk’ yang sangat berharga bahawa ada sesuatu yang tak kena pada tahap hormon dalam tubuh.

So, kelenjar tiroid dan jantung bukan dua sistem yang terasing. Mereka saling berkait. Kesihatan jantung yang baik turut bergantung kepada kesihatan hormon tiroid yang stabil. Maka, kalau korang atau orang tersayang mengalami simptom yang mencurigakan, jangan tangguh untuk buat checkup. Tindakan awal boleh mencegah komplikasi yang lebih serius.

Kelenjar tiroid mungkin kecil, tapi impaknya sangat besar terutama kepada jantung yang bekerja tanpa henti, siang dan malam.

Moga bermanfaat. 

You Might Also Like

0 comments