Buli bukan benda remeh, ia hal serius!

Bila kita sebut pasal buli, ada orang masih anggap ia cuma 'gurauan.' Ada yang kata “alah biasalah budak-budak, nakal sikit tu tanda rapat”. 

Tapi sebenarnya, apa yang kita panggil gurauan itu boleh jadi luka yang sangat dalam terutama kepada mereka yang dibuli. Luka yang tak nampak pada kulit, tapi parutnya melekat dalam hati dan terbawa-bawa sampai dewasa.

Buli bukan sekadar tumbuk, sepak atau tolak. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Kadang-kadang hanya dengan kata-kata, ejekan dan sindiran yang berulang-ulang. Kadang-kadang ia datang dalam bentuk 'pulau'. Tak nak kawan, tak nak duduk sebilik, tak nak sama kumpulan. 

Zaman sekarang, buli jadi lebih “advance” sebab ia boleh berlaku di hujung jari melalui media sosial. Hanya dengan satu posting, satu komen atau satu gambar yang disebarkan, hidup seseorang boleh berubah sekelip mata.

Kenapa sebenarnya orang membuli? 

Ada yang membuli sebab nak rasa berkuasa, ada yang buat sebab ikut-ikutan kawan dan ada juga yang sebenarnya menyimpan luka sendiri lalu lepaskan pada orang lain. Tak kiralah apa puncanya, buli tetap satu perbuatan yang salah. Ia bukan cara untuk tunjuk kuat, malah sebenarnya tanda kelemahan dalam diri.

Yang paling menyedihkan, kesan buli tak berhenti pada masa kejadian saja. Mangsa buli biasanya akan hilang keyakinan diri, takut nak bersuara, dan rasa rendah diri yang melampau. Ada yang jadi murung, ada yang sampai trauma nak pergi sekolah atau tempat kerja.

Buli bukan benda remeh, ia hal serius!

Bila orang kata “alah, dah lama berlalu, lupakan sajalah”, hakikatnya bukan semudah itu. Ingatan tentang kata-kata hinaan atau pukulan itu boleh berulang-ulang dalam kepala. Lebih perit lagi bila ada mangsa yang akhirnya pilih jalan paling tragis, mencederakan diri sendiri kerana dah tak tahan. Nauzubillah.

Kalau kita fikir balik, buli sebenarnya bukan masalah individu. Ia masalah masyarakat. Selagi ada orang yang diam dan tengok saja tanpa menegur, selagi ada orang yang ketawa bila orang lain dihina, selagi itulah budaya buli akan hidup. Kita semua ada peranan masing-masing untuk hentikan perkara ini. 

Sebagai ibu bapa, kita perlu lebih dekat dengan anak-anak, dengar cerita mereka dan perhatikan perubahan tingkah laku. 

Sebagai guru atau pendidik, kita perlu peka dengan suasana di sekolah, jangan biarkan buli jadi perkara “biasa” di kalangan murid. 

Dan sebagai rakan, kita jangan sesekali jadi penonton. Tegur bila nampak salah atau paling kurang laporkan pada orang yang boleh ambil tindakan.

Bagi yang pernah jadi mangsa, percayalah bahawa luka itu tak menjadikan korang lemah. Korang tetap berharga, korang tetap bernilai. 

Berceritalah dengan seseorang yang korang percaya. Jangan simpan seorang diri, sebab kesunyian itu kadang-kadang lebih menyakitkan daripada apa yang berlaku.

Buli mungkin nampak kecil di mata pelaku, tapi kesannya boleh jadi sangat besar kepada mangsa. 

Moga Allah permudahkan urusan kita.

2 comments:

  1. Ada yang fikir, membuli itu tanda kemenangan bagi mereka..Huh!

    Jangan lupa, ada hukuman jugak buat pembuli. Jangan suka suka nak buli orang..Ap hak kita nak buli manusia lain ?? Hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Semua nk tunjuk kuat lagi lagi kalau ada yang backup

      Delete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews