Tips menguruskan baju sendiri, anak dan suami dalam masa 1 jam.

By August 17, 2025

Sebagai isteri dan ibu, salah satu tugas harian yang naqmoak macam kecil tapi boleh mengambil masa yang lama ialah menguruskan pakaianStart dari membasuh, menyidai, mengangkat dan kerja-kerja melipat, menyusun, hingga memastikan semuanya siap untuk dipakai, ia memerlukan strategi bijak supaya tak mengambil separuh hari! Kalau dibiarkan alamat memang bertimbunlah macam gunung Everest. Hahaha.

Kalau korang hanya ada 1 jam, jangan risau. Dengan perancangan dan sistem yang betul, korang boleh uruskan baju diri sendiri, anak dan suami dengan cekap. Berikut adalah tips praktikal yang boleh korang praktikkan. 

Tips menguruskan baju sendiri, anak dan suami dalam masa 1 jam.

1. Sediakan zon khusus untuk pakaian.

Pastikan ada satu tempat khas untuk:
  • Baju bersih yang belum dilipat.
  • Baju kotor.
  • Baju untuk diseterika (kalau perlu).
Ini memudahkan proses kerana korang tak payah nak cari-cari pakaian di merata tempat. Sediakan bakul berlabel mengikut kategori atau individu.

2. Gunakan teknik “Sort and Fold” serentak.

- Pisahkan dahulu ikut pemilik: baju suami, anak, diri sendiri.
- Lipat terus mengikut kategori semasa mengasingkan. Jangan tunggu hingga akhir baru nak lipat.

Contoh:
  • 10 minit: Asing dan lipat baju anak.
  • 15 minit: Asing dan lipat baju suami.
  • 10 minit: Asing dan lipat baju sendiri.
Tip: Gunakan kaedah 'lipatan KonMari' supaya jimat ruang dan mudah nampak baju.

3. Libatkan anak kalau mereka dah cukup besar.

Kalau anak berusia 4 tahun ke atas, ajar mereka:
  • Kenal pakaian sendiri.
  • Masukkan ke dalam bakul atau laci mereka.
Bukan saja menjimatkan masa korang, malah mereka belajar berdikari.

4. Gantung pakaian yang mudah kecut atau berkedut.

Kurangkan kerja melipat dengan menggantung terus pakaian seperti:
  • Kemeja suami.
  • Baju sekolah anak.
  • Jubah atau blouse korang.
Siapkan satu rel gantung khas untuk pakaian yang perlu digantung sejurus diangkat dari jemuran.

5. Set jadual atau hari khas untuk setiap tugas.

Contoh rutin mingguan:
  • Isnin dan Khamis: Cuci dan lipat baju anak.
  • Selasa dan Jumaat: Baju suami.
  • Rabu: Baju sendiri.
  • Sabtu: Iron baju (kalau perlu).
Kalau nak buat semuanya dalam satu hari, pastikan 1 jam tersebut tak terganggu dan dilakukan waktu korang paling bertenaga seperti pagi selepas sarapan.

6. Gunakan timer atau lagu sebagai panduan masa.

Letak timer atau mainkan playlist 60 minit. Ia membantu korang fokus dan kekal pantas. Contohnya:
  • Lagu pertama hingga ke-5: Urus baju anak.
  • Lagu ke-6 hingga 10: Baju suami.
  • Lagu ke-11 hingga akhir: Baju sendiri dan kemas kembali ruang.

7. Simpan baju ikut sistem warna atau jenis.
  • Anak: Baju tidur, sekolah, main. Asing ikut laci atau label.
  • Suami: Baju kerja, rumah, jalan.
  • Anda: Tudung, blouse, seluar.
Ini memudahkan waktu nak cari dan jimatkan masa di kemudian hari.

So, menguruskan baju tak semestinya jadi tugas yang memenatkan kalau ada sistem dan disiplin masa. Luangkan hanya 1 jam dengan fokus dan korang akan lihat perbezaannya. Cuba praktikkan tips ini dan sesuaikan ikut gaya hidup korang. Kalau korang berjaya urus pakaian dengan cekap, korang akan ada lebih masa untuk diri sendiri dan keluarga. 

Moga dapat membantu.

You Might Also Like

0 comments