Kulit yang sihat dan berseri adalah impian semua orang, walaupun tanpa produk mahal. Kadang-kadang, rahsianya cuma terletak pada satu bahan semula jadi yang senang sangat nak jumpa, iaitu aloe vera!
Gel aloe vera atau gel lidah buaya ni memang terkenal sejak turun-temurun sebagai rahsia kecantikan kulit. Bukan sahaja menyejukkan, tapi juga bantu melembap, mencerahkan dan memulihkan kulit dari dalam.
Kalau korang nak cuba buat masker aloe vera DIY, jom cikla nak kongsikan beberapa resepi mudah yang korang boleh dibuat di rumah! Syaratnya kena rajinkah, hihihi.
Masker aloe vera + madu (Untuk kulit kering dan kusam).
Bahan:
1 sudu besar gel aloe vera.
1 sudu teh madu asli.
Cara:
Campurkan kedua-dua bahan, kemudian sapu pada muka korang dan biar selama 15–20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Kulit akan rasa lembut, segar dan lebih cerah. Madu bantu lembapkan dan cerahkan kulit.
Masker aloe vera + lemon (Untuk cerahkan kulit dan kurangkan jeragat).
Bahan:
1 sudu besar gel aloe vera.
Beberapa titis jus lemon.
Cara:
Campur bahan-bahan dan sapu nipis pada muka, tapi korang kena elakkan kawasan mata. Biar 10–15 minit. Lemon yang kaya dengan Vitamin C dikatakan dapat membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi. Tapi. korang apply pada waktu malam saja ye!
Masker aloe vera + kunyit (Untuk kulit berjerawat).
Bahan:
1 sudu besar gel aloe vera.
Secubit serbuk kunyit.
Cara:
Gabungkan semua bahan dan sapu pada kawasan jerawat. Kunyit dikatakan dapat membantu meredakan radang dan membunuh bakteria. Petua ni sesuai untuk jerawat aktif atau bekas jerawat.
Masker aloe vera + yogurt (Untuk kulit berminyak).
Bahan:
1 sudu besar gel aloe vera.
1 sudu teh yogurt asli.
Cara:
Camourkan semua bahan dan sapu pada seluruh muka dan biar 15–20 minit. Kombinasi ni dapat membantu seimbangkan minyak di muka, sambil beri kesan sejuk dan segar.
Extra! tips guna masker aloe vera:
1. Cuci wajah dulu sebelum pakai masker.
2. Guna seminggu 2–3 kali untuk kesan yang ketara.
3. Simpan lebihan masker dalam bekas bertutup dan letak dalam peti sejuk.
4. Guna gel aloe vera segar untuk hasil terbaik.
Mudah kan? Buat kat dapur je pun dah boleh rasa macam spa mini kat rumah. Kulit pun happy, hati pun tenang. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment