Betul ke nasi panas tinggi gula?

Semua tau yang nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia dan hampir kebanyakan penduduk di kebanyakan negara di dunia ini. Hampir setiap hari korang menikmatinya, sama ada dalam bentuk nasi putih, nasi lemak mahupun nasi goreng. Tapi pernah tak korang dengar orang berkata, “jangan makan nasi panas, nanti gula darah naik”? Mungkin ia kedengaran seperti mitos, namun sebenarnya ada asas saintifik di sebaliknya.

Bila nasi dimasak, kanji di dalamnya jadi lebih mudah dihadam, dan bila ia masih panas, struktur kanji berada dalam bentuk yang sangat mudah diserap oleh tubuh. Ini menyebabkan glukosa daripada kanji tersebut cepat masuk ke dalam aliran darah, lalu meningkatkan paras gula dengan lebih cepat. 

Betul ke nasi panas tinggi gula?

Fenomena ini dikaitkan dengan apa yang dikenali sebagai indeks glisemik (GI), iaitu ukuran seberapa cepat makanan meningkatkan paras gula dalam darah. Nasi panas, terutamanya nasi putih, mempunyai indeks glisemik yang tinggi.

Sebaliknya, bila nasi yang telah dimasak disejukkan contohnya diletakkan dalam peti sejuk semalaman, sebahagian daripada kandungan kanji di dalamnya berubah bentuk menjadi kanji tahan cerna atau “resistant starch”. Kanji jenis ni tak mudah diuraikan kepada glukosa, maka ia mengambil masa yang lebih lama untuk dicerna dan tak menyebabkan lonjakan mendadak pada paras gula. 

Kalau nasi ini dipanaskan semula, kandungan kanji tahan cerna itu masih kekal, menjadikan nasi tersebut lebih mesra untuk pengawalan gula darah.

Perkara ini penting untuk mereka yang menghidap diabetes atau sedang memantau tahap gula dalam darah. Nasi panas yang dimakan dalam jumlah besar boleh menyebabkan gula darah melonjak dengan cepat, lalu menyukarkan proses kawalan gula harian. Walaupun nasi bukanlah musuh, cara penyediaan dan pengambilannya memainkan peranan besar dalam kesihatan.

Sekiranya korang tak boleh berpisah dengan nasi, tak mengapa. Korang masih boleh menikmatinya dengan beberapa langkah bijak. Contohnya, pilih nasi jenis yang lebih rendah indeks glisemik seperti nasi perang atau beras basmati. Simpan lebihan nasi dalam peti sejuk dan panaskan semula ketika ingin makan. 

Ambil nasi dalam jumlah sederhana dan pastikan ia disertakan dengan sayur-sayuran dan sumber protein seperti ikan, ayam atau telur. Makanan berserat dan berprotein boleh membantu melambatkan penyerapan gula daripada1 nasi.

Jadi, benarkah nasi panas tinggi gula? Jawapannya ya, dari sudut tindak balas glukosa dalam tubuh. Namun, dengan sedikit perubahan dalam cara kita menyediakan dan mengambil nasi, kita masih boleh menikmati makanan kegemaran ini tanpa membahayakan kesihatan. Yang penting adalah keseimbangan, kawalan kuantiti dan pemahaman terhadap bagaimana makanan mempengaruhi tubuh kita.

Moga bermanfaat. 

1 comment:

  1. Saya pernah baca juga ttg ini. Dan sejak itu lebih suka makan nasi dalam kondisi sudah tidak panas. Awalnya susah. Krn nasi memang lebih sedap jika panas kan. Tapi lama2 jadi biasa

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews