Rahsia Lavender: Herba wangi yang banyak manfaatnya.

By August 09, 2025

Lavender. Bila sebut je nama dia, terus terbayang warna ungu lembut dan bau yang menenangkan kan. Tapi sebenarnya, kelebihan lavender bukan sekadar pada harum baunya. Mungkin ramai tak tahu, herba kecil ni menyimpan rahsia kesihatan yang cukup besar.

Dalam dunia moden yang serba 'tertekan' ni, lavender hadir sebagai penyelamat emosi dan fizikal. Aromanya yang lembut dikatakan mampu memberikan kesan terapeutik yang luar biasa. Ada yang guna lavender untuk bantu tidur lebih lena, ada pulak yang sapu pada pelipis bila migrain datang menyerang. 

Rahsia Lavender: Herba wangi yang banyak manfaatnya.

Bahkan ibu-ibu yang anaknya sukar tidur malam, dah mula guna lavender untuk bantu tenangkan si kecil. Letak sikit pada bantal atau sapu halus di belakang telinga, dah cukup untuk bantu anak lelap lebih awal.

Bukan itu saja, lavender juga dikenali dalam dunia perubatan tradisional kerana kemampuannya melegakan kulit yang bermasalah. Bila kulit meradang, ruam atau lecur kecil, sapuan minyak lavender boleh bantu kurangkan rasa pedih dan mempercepatkan penyembuhan. Kegunaannya yang pelbagai menjadikan lavender sebagai herba ‘wajib ada’ di rumah. Umpama peti ubat semula jadi yang tak perlu banyak ruang.

Bagi mereka yang bekerja seharian, berdepan tekanan mental dan badan yang lesu, lavender boleh jadi peneman terbaik. Sekadar menghidu bau lavender sambil lepas penat di hujung hari pun sudah cukup memberi rasa tenang dan nyaman. Kalau nak lebih umph, rendam kaki dalam air suam yang dicampur beberapa titis minyak lavender. Bukan saja hilangkan lenguh, tapi turut beri ketenangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Sekarang ni, dah banyak produk kesihatan semula jadi mula masukkan lavender sebagai bahan utama. Contohnya minyak urut yang bukan saja bantu hilangkan lenguh badan, tapi turut mengandungi manfaat terapi aromaterapi. 

Salah satunya, minyak urut MMG yang makin ramai mak-mak pilih sebab lengkap dengan bahan semula jadi termasuk lavender. Memang sesuai sangat kalau ada anak kecil, suami yang balik kerja letih atau mak ayah yang dah berusia dan perlukan urutan lembut penuh kasih sayang.

Kadang-kadang, ubat itu boleh jadu bukan dalam bentuk pil pun. Cukup sekadar sapuan yang penuh kelembutan dan bau harum yang menyentuh emosi.

You Might Also Like

0 comments