Tanda-tanda orang yang mengalami kemurungan yang dia tak sedar pun.
Kemurungan bukan sahaja berlaku kepada mereka yang kelihatan sedih atau murung. Ramai individu yang nampak ceria, aktif dan 'baik-baik saja' di luar, sebenarnya menyembunyikan beban emosi yang berat di dalam. Inilah yang dipanggil concealed depression iaitu kemurungan yang tak ketara secara zahir.
Suka bersendirian tapi tak mahu ditinggalkan.
Mereka sering memilih untuk menyendiri, tapi dalam diam berharap ada seseorang yang perasan dan bertanya khabar. Mereka mahu ruang, tapi dalam masa yang sama, mahu rasa dihargai dan disayangi.
Selalu ceria depan orang.
Mereka bijak 'berlakon' bahagia. Mereka boleh membuat orang lain ketawa, bergurau seperti biasa namun bila bersendirian, mereka menangis dalam diam.
Terlalu memikirkan kegagalan diri.
Mereka kerap menyalahkan diri sendiri atas hal-hal kecil. Kesilapan lalu diungkit dan mereka sukar memberi maaf kepada diri sendiri.
Sukar tidur atau terlalu banyak tidur.
Masalah tidur adalah petanda biasa kemurungan. Mereka mungkin sukar lena, sering terjaga malam atau sebaliknya, tidur berlebihan untuk ‘melarikan diri’ dari rasa sedih.
Suka membantu orang lain, tapi tak pandai minta tolong.
Mereka sangat empati, mudah menolong orang lain namun mereka sukar meluahkan perasaan sendiri. Mereka takut membebankan orang lain dengan masalah mereka.
Terlalu perfeksionis.
Mereka meletakkan standard yang sangat tinggi untuk diri sendiri. Bila gagal capai, mereka rasa tak berguna dan kecewa yang amat dalam diam.
Hilang minat terhadap perkara yang dulu disukai.
Aktiviti yang dulu menggembirakan seperti memasak, menulis atau bersukan, kini tak lagi memberi rasa semangat.
Selalu letih, walau cukup rehat.
Letih bukan sebab fizikal semata-mata. Tekanan mental yang lama boleh buat mereka rasa lemah, tak bertenaga dan sukar fokus.
Pemikiran negatif yang konsisten.
Mereka sering mempunyai dialog dalaman yang keras terhadap diri sendiri seperti “aku tak berguna”, “tak ada siapa peduli”, “aku menyusahkan orang”.
Kerap terlebih senyum atau gelak.
Ironiknya, mereka yang paling banyak senyum dan buat lawak, kadang-kadang adalah yang paling tertekan. Ia cara mereka menutup luka sebenar.
Mengelak soalan peribadi.
Mereka cenderung mengelak soalan tentang kehidupan peribadi, hubungan atau perasaann bukan sebab tak mahu berkongsi, tapi kerana tak tahu bagaimana untuk mula.
Concealed depression adalah nyata dan serius. Bukan semua orang akan menunjukkan tanda-tanda kemurungan secara terbuka. Kalau korang perasan tanda-tanda ini pada diri sendiri atau orang terdekat, jangan anggap ia perkara kecil. Mencari sokongan daripada orang dipercayai atau profesional adalah langkah yang penting.
Ingatlah, bertanya khabar dan menjadi pendengar yang ikhlas kadang-kadang boleh menyelamatkan nyawa.
Moga bermanfaat.
0 comments