Indahnya berserah!

By August 24, 2025

Ujian hidup memang memeritkan. Kadang-kadang sampai kita rasa nak putus asa. Tapi cuba fikir balik. Ujian yang dulu pun kita pernah lalui, kan? Kita pernah rasa sakit, pernah rasa kecewa, pernah hampir rebah tapi tetap kita mampu bangkit semula. Jadi, kenapa tak untuk hari ini? Kalau dulu kita kuat, hari ini pun kita mampu lebih kuat lagi.

Mungkin dengan melepaskan apa yang kita genggam erat iaitu rasa marah, kecewa ataupun perkara yang tak mendatangkan tenang kita akan jumpa bahagia yang lebih baik. Kadang bahagia tu datang dalam bentuk yang kita tak sangka-sangka dan yang tak mampu kita ucap dengan kata.

Indahnya berserah!

Jangan biarkan diri lemah terlalu lama. Cuba alihkan pandangan kita, dari masalah ke arah mendekatkan diri kepadaNya. Serahkan hati, doa dan usaha kita kepada Sang Khaliq, kerana hanya Dia yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.

Bila kita belajar berserah, hidup jadi lebih indah. Sebab kita tahu, apa pun yang berlaku, kita tak pernah sendiri. Begitulah. 

You Might Also Like

0 comments