Petua simpan cili padi tahan lama, kekal pedas dan segar!
Cili padi memang sinonim dengan masakan rakyat Malaysia, kecil tapi ‘berbisa’! Tapi masalah biasa yang sering kita hadapi ialah cili cepat rosak, lembik dan berkulat bila disimpan terlalu lama. Jangan risau, ada satu petua mudah tapi sangat berkesan yang boleh bantu korang simpan cili padi lama tanpa hilang rasa pedas dan segarnya.
Berikut adalah cara simpan cili padi supaya tahan lama dan kekal ‘power’.
Bahan-bahan:
Garam.
Gula.
Cuka makan.
Langkah-langkah penyediaan:
1. Basuh cili padi dengan air bersih. Kemudian, toskan sehingga betul-betul kering. Buka sedikit hujung tangkai cili untuk bantu proses perapan lebih berkesan.
2. Taburkan garam dan gula secukup rasa ke atas cili yang telah ditoskan. Gaul rata dan biarkan pada suhu bilik selama 12 hingga 24 jam. Proses ini akan membantu keluarkan lebihan air daripada cili.
3. Selepas tempoh perapan selesai, tuangkan cuka makan ke dalam bekas berisi cili tadi. Pastikan semua cili tenggelam sepenuhnya dalam cuka.
4. Tutup rapat bekas tadi dan simpan dalam peti sejuk. Cili akan tahan sangat lama! Bila perlu, ambil secukupnya untuk digunakan dalam masakan.
Tip:
1. Gunakan bekas kaca bertutup ketat untuk simpan cili agar kualiti tahan lebih lama.
2. Pastikan sudu yang digunakan untuk ambil cili sentiasa kering dan bersih.
Selamat mencuba.
Kredit petua dan gambar: Mazeline Soning.
0 comments