Apa yang merosakkan fungsi tiroid tanpa kita sedar?

By August 15, 2025

Tiroid adalah kelenjar kecil berbentuk seperti rama-rama yang terletak di bahagian depan leher. Walaupun kecil, ia memainkan peranan besar dalam mengawal metabolisme, tenaga, suhu badan, kesuburan dan kesihatan hormon secara keseluruhan.

Namun, ramai tak sedar bahawa gaya hidup dan amalan harian boleh memberi kesan besar pada fungsi tiroid. Berikut adalah 7 tabiat yang mungkin merosakkan tiroid korang secara perlahan-lahan:

Apa yang merosakkan fungsi tiroid tanpa kita sedar?

1. Tidak cukup tidur.

Kurang tidur mengganggu keseimbangan hormon, termasuk hormon tiroid. Tidur yang tak berkualiti atau terlalu singkat boleh meningkatkan stres, mengganggu fungsi hipotalamus dan pituitari iaitu pusat kawalan hormon termasuk TSH (thyroid-stimulating hormone).

Cadangan: Dapatkan tidur sekurang-kurangnya 7–8 jam setiap malam.

2. Pengambilan gula dan makanan diproses secara berlebihan

Makanan bergula tinggi dan ultra-diproses boleh menyebabkan keradangan dalaman, menurunkan sensitiviti hormon serta memberi tekanan kepada sistem imun yang boleh mencetuskan masalah autoimun seperti Hashimoto’s thyroiditis.

Cadangan: Kurangkan gula putih, roti putih, makanan segera dan snek bergaram tinggi.

3. Kekurangan nutrien penting.

Tiroid memerlukan nutrien tertentu untuk berfungsi dengan baik seperti:

- Iodin – diperlukan untuk menghasilkan hormon tiroid.
- Selenium – melindungi tiroid dari kerosakan oksidatif.
- Zink, zat besi dan vitamin D – menyokong kesihatan hormon dan sistem imun.

Cadangan: Amalkan diet seimbang dengan sayuran hijau, ikan, telur, kekacang dan bijian penuh.

4. Terlalu bergantung kepada makanan goitrogenik mentah.

Makanan seperti brokoli, kobis dan sawi mengandungi goitrogen iaitu bahan yang boleh mengganggu pengambilan iodin oleh tiroid. Walaupun sihat, pengambilan berlebihan secara mentah boleh menjadi masalah, terutamanya kalau korang ada isu tiroid.

Cadangan: Masak sayur-sayuran ini terlebih dahulu untuk kurangkan kesan goitrogenik.

5. Tekanan kronik (stres yang berpanjangan).

Stres menyebabkan peningkatan hormon kortisol yang boleh mengganggu keseimbangan hormon tiroid. Ia juga boleh menekan fungsi TSH dan mengganggu penukaran T4 kepada T3, hormon tiroid aktif.

Cadangan: Amalkan teknik pengurusan stres seperti solat awal waktu, senaman ringan, journaling atau pernafasan dalam.

6. Tak memeriksa fungsi tiroid secara berkala (terutama yang berisiko).

Kalau korang ada sejarah keluarga yang mengalami masalah kelenjar tiroid, simptom seperti cepat letih, keguguran rambut, haid tak teratur atau perubahan berat badan tanpa sebab adalah penting untuk periksa fungsi tiroid.

Cadangan: Minta ujian TSH, T3, T4 dan antibodi tiroid sekiranya ada simptom berkaitan.

7. Penggunaan produk penjagaan diri yang tinggi toksin.

Sesetengah bahan kimia seperti paraben, phthalates dan triclosan boleh bertindak sebagai pengganggu endokrin (endocrine disruptors), yang boleh menjejaskan tiroid secara tak langsung.

Cadangan: Pilih produk semula jadi atau bebas bahan kimia sintetik.


Tiroid korang mungkin kecil, tapi kesannya besar terhadap kesihatan. So, ubah tabiat kecil setiap hari yang berpotensi merosakkan fungsi tiroid. Jaga pemakanan, kurangkan stres, cukup tidur dan berikan ruang untuk badan pulih dengan baik.

Tiroid yang sihat adalah tenaga, emosi dan kehidupan yang lebih seimbang. Moga bermanfaat.

You Might Also Like

0 comments