5 suplemen yang perlu dielakkan kalau korang mengambil Levothyroxine.

By August 21, 2025

Levothyroxine ialah ubat penting untuk mereka yang ada masalah hipotiroidisme. Tapi tahukah korang, ada beberapa suplemen yang boleh mengganggu penyerapan ubat ini dalam badan? Kalau korang mengambil levothyroxine setiap hari, penting untuk tahu suplemen apa yang perlu dielakkan atau dijarakkan masa pengambilannya.

Berikut adalah 5 jenis suplemen yang boleh mengganggu keberkesanan levothyroxine:

Kalsium.

Suplemen kalsium (contohnya: kalsium karbonat atau kalsium sitrat) boleh mengikat levothyroxine dalam usus, menyebabkan ubat tak dapat diserap dengan baik oleh badan. Ini boleh menyebabkan simptom hipotiroid datang semula walaupun anda ikut makan ubat. Jarakkan pengambilan kalsium sekurang-kurangnya 4 jam selepas ambil levothyroxine.

Zat Besi (Iron).

Zat besi juga boleh mengganggu penyerapan levothyroxine, sama seperti kalsium. Ini termasuk suplemen ferum dan multivitamin yang mengandungi zat besi. Tunggu 4 jam selepas ambil ubat tiroid sebelum ambil suplemen zat besi.

Magnesium.

Suplemen magnesium biasa diambil untuk sembelit, masalah saraf atau tidur juga boleh mengurangkan penyerapan levothyroxine. Jarakkan pengambilan magnesium 3–4 jam selepas ubat tiroid.

Suplemen serat tinggi (Psyllium, Prebiotik, dll.)

Serat tinggi dalam bentuk suplemen boleh memperlahankan pergerakan ubat dalam usus dan mengganggu penyerapan. Kalau korang mengmbil suplemen serat, pastikan diambil jauh dari waktu ubat tiroid, sekurang-kurangnya 2–3 jam selepas.

Soya (dalam bentuk suplemen atau protein shake).

Produk berasaskan soya boleh mengurangkan keberkesanan levothyroxine kalau diambil berdekatan waktunya. Ia boleh mengganggu penyerapan ubat atau mengubah metabolisme hormon tiroid. So, jarakkan pengambilan makanan/suplemen soya 4 jam selepas ubat tiroid.

Levothyroxine sangat sensitif terhadap masa dan kombinasi suplemen. Kalau korang mengambil ubat ini setiap pagi, cuba ambil hanya dengan air kosong, tunggu sekurang-kurangnya 30–60 minit sebelum makan apa-apa dan jarakkan pengambilan suplemen 4 jam kalau perlu.

Kalau korang tak pasti tentang sesuatu suplemen atau vitamin yang korang ambil, rujuk doktor atau ahli farmasi untuk nasihat lanjut. Okey!

You Might Also Like

0 comments