'Santai Tapi Sampai'

1 July 2020

Kebaikan minyak kayu putih yang mungkin korang tak tau.

Cikla agak orang lama memang sangat familiar dengan minyak kayu putih ni kan. Kalau pening, cari minyak ni. Kalau sakit perut, cari minyak ni. Kalau lenguh, urat krem, kaki terseliuh, pun cari minyak ni. Betul tak? 

Memang banyak lagi manfaat dan kegunaan minyak ni selain dari yang cikla sebutkan tadi tu. 

Untuk pengetahuan korang jugak, dalam minyak kayu putih terkandung pelbagai unsur-unsur yang sangat bermanfaat untuk badan kita, seperti eucalyptol, valeraldehyde, sequiterpene, pinocarveol, pinen, terpinol, camphen globulal, cineol, fenchen, serta butyl aldehyde. 

Kebaikan minyak kayu putih yang mungkin korang tak tau.
Kebaikan minyak kayu putih yang mungkin korang tak tau.Inilah pokok minyak kayu putih. Gambar kredit Google. 

Tapi, selain dari kandungan zat-zat yang cikla bagitau tu, minyak kayu putih jugak memiliki beberapa sifat-sifatnya yang tersendiri, iaitu :

  • Dekongestan - membantu menghilangkan sesak nafas dan rasa tak selesa masa bernafas.
  • Ekspektoran - membantu pelepasan lendir dari paru-paru.
  • Analgesik - membantu menghilangkan rasa sakit.
  • Antibakteri - membantu membunuh spesies bakteria tertentu dalam badan.
  • Antijamur - membantu membunuh spesies jamur (kandidiasis).
  • Antivirus - aktif terhadap beberapa virus.
  • Antineuralgic - memberikan efek perlindungan pada sistem saraf.
  • Antiseptik - mencegah jangkitan pada luka.
  • Karminatif - membantu pengusiran gas dalam usus.
  • Mengeluarkan keringat - merembeskan keringat berlebihan.
  • Antipiretik - untuk meredakan demam.
  • Insektisida - digunakan untuk membunuh banyak spesies serangga.
  • Vulnerary (cicatrizant) - membantu dalam penyembuhan luka dan goresan.
  • Tonic - meningkatkan kerja yang lebih baik dari saluran tubuh.
  • Antispasmodic - mengurangkan kejang atau krem.
  • Astringent - menghilangkan lebihan minyak dalam kulit.
  • Anti-inflamasi - mengurangi peradangan.
  • Antioksidan - manfaat antioksidan yang mana ia melindungi sel dari kerosakan radikal bebas.

Tapi, korang nak tau tak, sekarang minyak kayu putih dah dimodenkan. Bila sapu ia kering dikulit, takde berminyak pun. 

Contohnya, minyak urut moden MMG, mengandungi minyak kayu putih sebagai bahan utama dia, di samping bahan-bahan lain seperti aloevera, mint, lavendar (untuk MMG pink), apple (untuk MMG gold black) dan cucumber (untuk MMG hijau - new). Paling terbaru adalah MMG halia. Bahan-bahan ni semua adalah bahan premium tau. Memang terbaik,

Korang nak try

1 comment:

  1. waaa.. banyak juga manfaat nya ni..

    Jemput join giveaway ejulz k. Tamat pada 15 JUL 2020.

    Giveaway by ejulz & mamapie

    ReplyDelete