Syukurlah, dah 4 hari cikla bersalin. Semuanya berlaku begitu pantas, sebab tak sangka pun akan bersalin seawal ni. Asalnya kena serah diri 10 hb kalau tak bersalin jugak.
Dan, plan nak bersalin pulak dekat hospital Putrajaya. Last last, dekat hospital Banting jugak budak kecik ni keluar. Nak jadi orang Banting jugak dia. Haha.
Kronologi, cehh kronologi.
Kisah nak bersalin si kecik ni agak menarik jugak. Pagi 6hb tu, memang dah start keluar tanda darah sikit. Tapi takde rasa sakit.
Kisah nak bersalin si kecik ni agak menarik jugak. Pagi 6hb tu, memang dah start keluar tanda darah sikit. Tapi takde rasa sakit.
Kaget jugaklah, sebab manalah tau tu kalau tanda nak bersalin, nanti takdan plak nak pergi hospital Putrajaya. Pagi tu, mintak jugaklah dekat suami hantar ke hospital.
Cikla sampai, masuk dalam apa lagi kena check la. Doktor check jugaklah laluan. Katanya, masih jauh lagi, kepala baby pun atas lagi. Pastu cikla disuruh balik. Dengan akur cikla balik. Hampa, cewaahh.
Balik rumah, macam biasalah biat kerja dan settlekan apa yang patut sebelum bersalin, tup tup malam pukul 8 lebih dekat pukul 9, keluar tanda lagi banyak dari yang siang. Kali ni lendir dengan darah.
Apa lagi, dupp dapp jugaklah hati ni. Pastu, ada rasa kontraksi manja. Kebetulan, encik suami ada dekat rumah, terus ajak dia pergi hopsital. Time tu siap hujan lagi. Apa nak buat, redah ajelah.
Kali ni cikla mintak hantar ke hospital Banting je. Lagipun, cikla dah tanya nurse yang di Putrajaya, in case tetiba sakit boleh je pergi ke hospital terdekat.
Tapi, dekat hospital Banting, memang macam-macamlah doktor tanya. Lagi-lagi bila tengok buku pink ada label sticker kuning. Berisiko kan.
Masuk bilik pemeriksaan, doktor check baru bukak 1 cm. Dan, doktor macam nak suruh balik dulu dari gaya bahasa pertanyaanlah. Cikla agakla.
Lepas tu, nak dijadikan cerita bacaan CTG baby yang check jantung tu tak berapa cun. Terus doktor suruh admit. Masuk LR terus kauuu. Tukar baju semua, jantung baby terus dipantau. Time tu belum rasa sakit lagi. Sempat jugaklah sleep sleep ciken time tu. Huhu.
Doktor masuk check, bukanan baru 2 ke 3 cm. Adalah dua tiga kali check laluan kot, mujur ada progress la. Pembukaan bertambahlah. Takdelah takat tu je. Risau jugaklah, kalau slow atau tak bukak, emergency czerlah jawabnya. Seramm weh bila dengar operate tu.
Tengah malam tu kalau tak salah, doktor pecahkan air ketuban. Dah pecah ketuban tu, rasa sakit mula datang, tapi masih tak kuat. Boleh tahan lagi. Sakit mula kuat bila ubat mula dimasukkan.
Last doktor check laluan, dah 6 cm. Sakit kontraksi dia, perghhh sakit ooo. Dasat gila, tak tau nak cakap. Misi kasi up ubat, terus rasa nak meneran. Apa lagi, 3 kali push kot, kuarlah baby. Pukul 3.44 pagi, 7hb 7 2020. Alhamdullilah. Nak jugak dia keluar pukul 7 hb kan. Haha.
Walau apapun, memang legalah sebab dah selamat semuanya. Baby dengan ibu dia pun alhamdullilah sihat jugak. Dan harap harap, baby pun takdelah masalah tiroid macam ibu dia.
Aamin.
Tahniah dan selamat berpantang untuk si ibu
ReplyDeleteAlhamdulillah.Syukur.Tahniah CikLa.YA ALLAH.Selamat berpantang ya.
ReplyDeleteTahniah, selamat berpantang ya
ReplyDeletewahhh tahniah cikla ! seronok je baca kisah ibu-ibu yang melahirkan ni.. rasa comel je semua haha
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSelamat berpantang
baca ayat last tu teringat cerita akak dekat hospital kena warded bagai. Semoga baby sihat sepenuhnya & selamat berpantang akak :)
ReplyDeletealhamdulillah tahniah
ReplyDeletewow. tahniah sis.
ReplyDeletetahniah cik la. selamat berpantang :)
ReplyDelete