Bacaan Hb tertinggi di kala kandungan Cikla dah 38 minggu.

By Cikla Shahril - July 01, 2020

BACAAN HB TERTINGGI DI KALA KANDUNGAN CIKLA DAH 38 MINGGU. Lama kot cikla tak share mengenai kandungan kelima cikla ni kan. So, kebetulan siang tadi ni cikla ada checkup 38 minggu dekat klinik kesihatan, cikla nak share sikit cerita yang 'berlaku' rini. Agak terkejut jugak sebab bacaan Hb cikla adalah yang tertinggi sejak dari awal trimester sampailah dah dekat nak bersalin ni.

Nurse tanya jugak makan apa. Cikla bagitau makan macam biasa je. Tengah hari tadi cikla makan nasi separuh, dengan lauk ikan asam pedas dengan sayur lemak je. Tapi, minggu ni memang cikla banyak makan anggur. Ke itu salah satu penyebabnya? 

Hurmm by the way, korang tau tak Hb tu apa? Dan kenapa bacaan Hb ni sangat penting untuk ibu yang mengandung? Hb adalah singkatan kepada perkataan hemoglobin. Apa pulak hemoglobin tu? Hemoglobin adalah molekul protein dalam sel darah merah yang bergbung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut oleh sistem peredaran darah ke tisu-tidu badan korang. Untuk pengetahuan korang jugak, aras hemoglobin normal adalah bergantung kepada usia, awal remaja dan jantina seseorang.

Namun, untuk ibu mengandung aras hemoglobin mestilah di antara 10 hingga 15 gram/dL. Macam cikla, sepanjang tempoh kehamilan yang ni, bacaan Hb memang cantik jek, dalam range 11 ke 14 gitu. 

Bacaan Hb tertinggi di kala kandungan Cikla dah 38 minggu.
Bacaan Hb tertinggi di kala kandungan Cikla dah 38 minggu. Gambar kredit Google. 
So, ibu yang mengalami masalah Hb rendah atau anemia ni dikhuatiri akan memberi kesan kepada baby dan diri ibu tu sendiri. Antara kesan Hb rendah adalah: 

  1. Baby lemas sebab kurang oksigen.
  2. Baby tak membesar dengan baik.
  3. Kelahiran baby pramatang. 
  4. Baby mengalami masalah kecacatan tulang belakang atau spinal bifida dan otak (contoh down sindrom).


Macam mana nak pulak nak naikkan bacaan Hb tu?

Bacaan Hb tertinggi di kala kandungan Cikla dah 38 minggu.
Bacaan Hb tertinggi di kala kandungan Cikla dah 38 minggu. Gambar kredit Google.

Selain dari bekalan pil obimin yang korang kena patuh dan taat mengambilnya, korang boleh topup dengan makanan tinggi zat besi, seperti : 

  1. Sayur-sayuran hijau gelap seperti bayam, sawi, brokoli, bendi, kacang pis.
  2. Ubi bit, capsicum, asparagus, bunga kubis dan kentang.
  3. Buah-buahan seperti pisang, anggur, avocado, betik, delima dan epal.
  4. Bijirin seperti beras perang, quinoa, oat atau roti.
  5. Coklat gelap dan serbuk koko.
  6. Kekacang dan lentil seperti kacang merah, soya, badam, kacang tanah, biji labu, dan kacang hijau.
  7. Ambil sumber makanan daripada haiwan daging merah, ayam kampung, kuning telur kampung, makanan laut seperti ikan.
  8. Daging merah dan organ dalaman tapi elak dari mengambil secara berlebihan. 
  9. Buah-buahan kering seperti aprikot, buah tin, kurma dan prun.

Semoga dipermudahkan urusan korang ye. Korang memang ibu yang kuat. Yeahhh.

Info : SINI

  • Share:

You Might Also Like

1 Orang yang komen.