10 petua berguna di dapur? Apa tu?

By Cikla Shahril - July 21, 2020

10 PETUA BERGUNA DI DAPUR? APA TU? Korang pernah tak hadapi situasi di mana, balang bekas gula korang tu penuh dengan semut walaupun korang dah ‘halau’ semut tu banyak kali? Lagi satu, masalah beras yang dipenuhi kutu beras? Adehlaaa, cikla selalu gak hadap masalah camni, kadang blur camne nak buat lagi nak bagi binatang ni ni nyah dari situ. Tu belum lagi nak hadap masalah lubang sinki yang tersumbat kan? Boleh hilang mood dibuatnya. 

So, cikla nak share la 10 petua yang boleh buat mak mak, ibu ibu, mama mama dan isteri isteri tersenyum sebab masalah mereka mungkin akan settle. Jom check satu-satu.

10 petua berguna di dapur? Apa tu? Gambar diubahsuai dari cariab

SATU : Guna cili kering dan daun pandan untuk nyahkan kutu beras.
Korang jangan ingat korang dah simpan beras korang tu dalam bekas yang kedap udara lagi, kekonon tak kan ada ‘anasir’ la yang boleh masuk kat dalam tu, haaa sekali bukak penuh dengan si kutu beras bermastautin kat dalam tu. So, apa kata korang try petua ni, letak beberapa batang cili kering atau daun pandan dalam bekas tu. Cara ni dipercayai boleh menghalau kutu kutu tu semua sebab sifat cili kering yang hot itu.

KEDUA : Hilangkan rasa bahang dan pijar tangan yang terkena cili.
Sebelum korang ‘memegang’ cili tu, korang pastikan korang menggosok dulu tapak tangan korang tu dengan sedikit minyak masak. Ini dikatakan dapat membantu mengelakkan panas cili itu meresap dalam tapak tangan. 

KETIGA : Elak biskut jadi lemau, malah kekal crunchy gitu.
Antara faktor utama biskut jadi cepat lemau adalah cara penyimpanan biskut tu tak betul. So, lepas ni korang guna kertas serap minyak je. Masa korang nak letak or susun biskut dalam bekas, guna kertas tu. Tapi, biskut disusun secara berselang seli tau. Rupanya fungsi kertas tu adalah untuk menyerap minyak minyak sekali lagi, sekaligus akan memastikan kepingan biskut kekal rangup walaupun dalam tempoh yang lama.

KEEMPAT : Guna kentang untuk kurangkan masin kuah.
Kekadang kuah yang korang masak tu terlebih garam kan, confirm masin punyalah. So, jangan dibuang pulak kuah tu. Korang just masukkan kentang kat dalam dia sampai masak. Percaya atau tak, lama-lama rasa masin tu akan semakin berkurangan. 

KELIMA : Lebih mudah kupas halia guna sudu.
Ni kes kalau korang pergi merewang dekat rumah kenduri, lepas tu lupa bawak pisau. Korang boleh kupas halis contohnya guna sudu besi. Lagi cepat dan mudah tau.

KEENAM : Wangikan dapur dengan kulit kayu manis.
Kalau dapur korang berbau kurang enak, bau hanyir ke, bau kepam ke mesti tak selesa nak. So, tip senang selain korang gunakan perfume bilik tu, korang boleh gak guna kulit kayu manis, cuka dan bunga cengkih. Korang rebus tiga-tiga ni, lepas tu sembur je air rebusan tu dekat lantai ke, kabinet ke ataupun di persekitaran dapur korang. 

KETUJUH : Guna dulang aluminium untuk nyahbeku daging.
Kalau korang nak lembutkan daging dengan cepat, guna je dulang aluminium. Ambil daging, then letak je kat atas dulang tu. Alasan dia, sebab dulang aluminium kan konduktor haba yang terbaik, so ia akan menarik energi dari persekitaran ke dalam daging yang beku itu. 

KELAPAN : Guna garam hilangkan bau belacan.
Kalau korang makan belacan ke, ataupun petai ke meti melekat dekat tangan kan. So, lepas ni korang guna garam je nak hilangkan bau tu semua. Ambil garam, letak dekat tapak tangan lepas tu gosok gosok dia termasuklah celah celah jari korang tu sebelum dicuci dengan air bersih. 

KESEMBILAN : Guna kulit kayu manis sebagai ‘pelindung’ gula.
Cara nak halau semut masuk dalam balang gula sebenarnya ni. Korang masukkan beberapa batang kulit kayu manis atau bunga cengkih pun boleh dalam balang berisi gula. Lagi satu cara, sapukan minyak masak disekeliling bekas berisi gula tu jugak.

KESEPULUH : Bekukan lebihan minyak yang telah digunakan.
Ada orang semua nak buang dalam sinki kan? Ini termasuklah minyak lebihan goreng ayam ke ikan ke. Apa yang terbaik, korang bekukan je lebihan minyak tu dalam plastik atau bekas, lepas tu dah keras jadi macam kiub ais tu baru buang dalam tong sampah. Ini bagus untuk elak dari saluran sinki tersumbat. 

Selamat mencuba!

Kredit : Group Telegram Petua dan Kesihatan. 

  • Share:

You Might Also Like

5 Orang yang komen.

  1. Gula saya letak dalam balang dan masuk peti ais. heheh

    ReplyDelete
  2. Tips2 yang sangat berguna

    ReplyDelete
  3. wahh petua last tu berguna sangat !

    ReplyDelete
  4. Kalau tahu petua2 best, memang makin laju kerja kita kat dapur

    ReplyDelete