'santai tapi sampai'

Jujur, cikla terpaksa setuju dengan statement ni. Bukti? Dari pemerhatian cikla, cikla tengok anak-anak cikla sendiri belajar cara ni mema...

Belajar online tak berkesan? Ye ke?

Jujur, cikla terpaksa setuju dengan statement ni. Bukti? Dari pemerhatian cikla, cikla tengok anak-anak cikla sendiri belajar cara ni memang macam susah nak faham, lagi-lagi masa nak selesaikan latihan yang cikgu suruh buat. 

Ada budak, cepat faham melalui pembacaan dari buku dan nota, tapi ada sesetengahnya kena diterangkan baru faham. So, mak-mak pulak yang nak bantu dan nak ajar anak ni, terpaksa fahamkan dulu, supaya dapat explain kat anak pulak. 

Makanya, marilah kita pening secara berjemaah bersama anak-anak ye. Haha. 

Belajar online tak berkesan? Ye ke?
Belajar online tak berkesan? Ye ke? Gambar diubahsuai dari carian Google.

Lagipun, cara home based learning macam ni kan benda baru untuk cikgu, murid dan mk bapak jugak. 

Bukan senang nak sesuaikan dan bagi biasa benda-benda macam ni kan. Semua kena amik masa. Pendapat cikla, belajar online ni ada berapa kelemahan : 

  • Murid sukar memahami apa yang diajar pada mereka. 
  • Murid susah nak ajukan pertanyaan kalau meeka tak faham.
  • Cabaran kepada mak ayah yang anak ramai yang hanya ada 1 handphone. Terpaksa bergilir-gilir. Lagi satu masalah data. Bukan semua murid datang dari golongan berada yang Ada handphone kan. 
  • Bukan semua murid buat kerja yang diberikan. 
  • Murid mungkin kurang memberi tumpuan Dan sambil lewa terhadap apa yang diajar. 
  • Cabaran kepada mak ayah jugak nak ajar anak. Paham-paham ajelah banyak benda dah lupa. Pelajaran sekarang lagi advance kot dari kami dulu. 

Tapi ni pendapat cikla tau. Mungkin korang Ada pendapat korang yang tersendiri. Lagipun cikla tengok ni semua berdasarkan dari anak-anak cikla sendiri. Namun, apa yang pasti setiap perkara mesti ada pro and contra kan. 

Belajar online tak berkesan? Ye ke?
Belajar online tak berkesan? Ye ke? 

So, cikla bersetuju dengan keputusan kementerian membuka kembali sesi persekolahan bermula 15 Julai nanti. 

Walau bagaiamapun, apa yang penting langkah berjaga-jaga dan SOP kenalah diberi perhatian khusus demi kesihatan dan kesejahteraan anak-anak kita. Ajar dan biasakan mereka dengan norma kehidupan yang baru. 

Moga dipermudahkan urusan kita semua ya. Aamin. 

1 comment:

  1. online learning ni baru sangat lagi nak diterapkan, semua pihak belum boleh nak sesuaikan diri... saya setuju jugak yg OL ni banyak cons drpd pros

    ReplyDelete