'santai tapi sampai'

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, marah adalah perasaan panas hati, berang, gusar dan murka. Walaupun marah ni perasaan yang normal ...

Mengapa perempuan kena jauhi sifat marah.


Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, marah adalah perasaan panas hati, berang, gusar dan murka. Walaupun marah ni perasaan yang normal yang semua orang boleh rasa, tapi ia adalah sifat yang negatif dan lemah sebenarnya. 

Antara lelaki dengan wanita, siapa yang mudah marah? Bagi cikla sama je kot, tapi bagi diri cikla sendiri dulu jujur cikla seorang yang agak cepat marah. 

Hurmm, pantang salah sikit memang kenalah. Anak-anak pun dah faham kepala angin mak dia. Tapi, tu dululah. Sekarang cikla dah boleh kawal dah. Mungkin faktor hormon dan usia jugak. Mungkin!

Mengapa perempuan kena jauhi sifat marah.
Mengapa perempuan kena jauhi sifat marah. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Ada beberapa sebab mengapa perempuan khasnya,  perlu menjauhi marah. Pertama, marah yang tak bertempat adalah sangat merugikan diri. 

Sebenarnya, marah bukanlah menunjukkan yang kita kuat. Malah orang yang tak mampu kawal kemarahan itulah menandakan dirinya sangat lemah. Mereka yang memiliki keperibadian yang tinggi adalah yang mampu bertenang masa marah.

Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: 

"Seorang yang kuat itu bukanlah yang handal bergusti; seorang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal dirinya sewaktu sedang marah." Sahih al-Bukhari (6114) dan Sahih Muslim (2609).

Selain itu, marah adalah sifat yang lemah dan negatif, yang mana ia akan menarik kita ke bawah. Marah jugak akan membuatkan kita menjauh dari orang lain. Adatlah kan, mana ada orang nak datang dekat dengan orang yang suka marah-marah. Ingat!

Menurut Human Vibration Chart, sifat marah dalam diri berada pada skala bawah. Berada pada skala bawah dalam Human Vibration Chart akan memberikan banyak kerugian pada diri. Tambahan pula, perasaan marah yang terlalu lama boleh membawa kepada dendam.  

Orang yang suka marah tak mempunyai rasa cinta yang mendalam pada dirinya, sebab marah dan cinta tak datang bersama. 

Orang yang mempunyai rasa cinta yang mendalam susah untuk merasa marah, sebab semuanya nampak sweet jek dekat matanya.

Korang mesti pernah kan dengar peribahasa orang tua-tua, 'jangan marah-marah, nanti cepat tua.' Menurut kajian, mereka yang gagal kawal rasa marah akan berdepan dengan risiko kerosakan paru-paru dan sukar bernafas. 

Malah, dalam jurnal diterbitkan oleh British Medical Journal juga mengatakan mereka yang selalu marah menua lebih cepat dari usia mereka. Alamak!

Lagi satu, masa kita marah, bahan kimia dalam badan kita akan terembes dan berlaku perubahan metabolisma sehingga menyebabkan darah tinggi, sakit kepala, masalah pencernaan dan masalah kulit seperti ekzema. 

Lebih serius, ia juga akan menyebabkan gangguan mental seperti kemurungan termasuklah penyakit jantung dan strok. Uisshh, bahayanya. 

Mengapa perempuan kena jauhi sifat marah.
Mengapa perempuan kena jauhi sifat marah. Gambar kredit Google.

Sebab itulah, menjauhi sifat marah antara nasihat dan sunnah Rasulullah SAW. Perkara itu dijelaskan menerusi sebuah hadis, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Berikanlah aku nasihat.” Baginda bersabda: “Jangan marah.” Maka orang itu mengulangi permintaannya tadi beberapa kali. Nabi menjawab: “Jangan marah.” (Hadis riwayat al-Bukhari). 

Walau bagaimanapun, marah adalah sifat semulajadi dalam diri, dan ia normal. Tapi, kalau kita dapat kawal kemarahan tu adalah lebih terpuji. Ada jugal yang kata, marah itu, lahir dari hasutan syaitan yang membara seperti api. 

Dan banyak kegagalan boleh berlaku kalau kita marah. Contoh, marahkan suami, anak jadi mangsa. Lagipun, orang yang sedang marah biasanya tak dapat berfikir dengan baik dan akhirnya akan membawa kepada penyesalan.  

Haa, tahukah korang, perempuan yang paling cantik adalah yang mampu tersenyum ketika marah. Tak caya? Time korang marah cuba tengok cermin. 

Sumber info : Perkongsian dari Group WhatsApp.

1 comment: