Betul ke pakai kasut tumit tinggi akan menjejaskan kesihatan?

By Cikla Shahril - December 05, 2019

Kasut tumit tinggi sering menjadi pelengkap gaya terutama bagi wanita berkerjaya. Melangkah diva dengan setiap langkahan yang menyakinkan sedikit sebanyak dapat membantu wanita tanpa lebih anggun dan berkarisma. 

Tahukah korang kerap memakai kasut tumit tinggi pun sebenarnya tak bagus untuk kesihatan. Bak kata orang putih, beauty is pain! Tapi, bagi cikla pulak, cikla bukanlah peminat kasut macam ni. Sebab tak reti pakai pun je. 

Tu sebab dalam koleksi banyak kasut flat dengan sandal je. Hihi. Tapi, mengapa pulak ia dikatakan boleh menjejaskan kesihatan? Haa, inilah yang cikla nak share dengan korang. 

Betul ke pakai kasut tumit tinggi akan menjejaskan kesihatan?
Betul ke pakai kasut tumit tinggi akan menjejaskan kesihatan? Gambar dari carian Google.

Kalau korang nak tau, masa korang pakai kasut tumit tinggi badan korang akan try untuk menyimbangi tumit yang disebabkan oleh lenturan pinggul dan tulang belakang ke depan. Untuk kekalkan keseimbangan, betis pinggul dan otot belakang jadi menegang. 

Sudahnya, otot akan mengalami 'keletihan' dan ketegangan yang berlebihan. Apa yang menakutkan, lama lama otot betis akan jadi kejang dan bonjol (bulge). 

Selain itu, memakai kasut tumit tinggi akan menyebabkan tulang belakang lumbar yang mana ia berkaitan dengan bahagian bawah badan akan mengembang dan anjakan posterior (bahagian yang terletak dekat dengan bahagian belakang) kepala dan tulang belakang toraks. 

Jadinya, kasut tumit tinggi akan membuatkan korang bersandar ke hadapan dan badan tindak balas terhadapnya untuk kurangkan lengkung ke depan di belakang korang untuk bantu kekalkan kedudukan belakang. Ehh, faham ke tu? Hihihi. 

So, penyelarasan yang tak baik mungkin boleh sebabkan penggunaan otot yang terlalu banyak dan sakit belakang. Kesan pada bahagian postur badan korang pulak, kasut tumit tinggi akan meletakkan peningkatan tekanan pada bahagian depan kaki sebab korang terpaksa menyesuaikan seluruh badan untuk nak kekalkan keseimbangan. 

Part bawah badan korang bersandar ke depan, dan untuk nak bagi seimbang, part atas badan korang kena bersandar for make sure korang stable

Oh ye, penggunaan kasut tumit tinggi setiap hari selama beberapa tahun turut mempengaruhi anatomi korang. Maksudnya, perubahan anatomi badan korang turut berubah. 

Ini kerana, kasut tumit tinggi akan meletakkan tekanan yang tak wajar pada bahagian belakang dan lutut sebab berat badan beralih ke depan. Lepas tu, otot betis boleh memendek dan tendon boleh menebal. 

Kalau korang nak tau lagi, gelinciran satu vertebra kee depan akan kerap berlaku, nak nak pulak di kawasan lumbar di tulang belakang di mana berat badan korang tertumpu.

Betul ke pakai kasut tumit tinggi akan menjejaskan kesihatan?
Betul ke pakai kasut tumit tinggi akan menjejaskan kesihatan? Gambar dari carian Google.

Korang pernah dengar tak istilah 'stenosis foraminal'?  Stenosis foraminal adalah keadaan di mana saraf tulang belakang yang berlaku bila keabnormalan anatomi halang atau mengurangkan ruang dalam satu atau lebih foramina. 

Jadinya, stenosis foraminal di bahagian bawah boleh sebabkan simptom kebas, sakit, sesemut, lemah otot dan kejang/krem  melalui punggung dan bawah kaki.

Hurmm, perkongsian kali ni lebih kepada penjelasan santifik tau. Untuk lebih clear, eloklah korang bertanya kepada yang pakar. Apa yang paling penting kita dah tau yang pakai kasut tumit tinggi memang boleh memudaratkan kesihatan.

Kredit info : Hello Doktor. 

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. kak lebih suka kasut flat jugak. kadang pakai sandal camtu ja. kasut tumit tinggi ni pun kalau ada, kak pakai pi ke program formal ja, hehe

    ReplyDelete
  2. umie pun suka kasut flat dgn sandal.. lg senang nak bergerak plus selesa

    ReplyDelete