Advertisement

Jujurlah dalam berbisnes.

JUJURLAH DALAM BERBISNES. Zaman sekarang ni, ada orang nak cepat kaya tapi guna jalan yang salah. So, para peniaga tak kiralah yang buat offline ke online, elak dari menjebakkan diri dengan perangai yang busuk ni. Bagi cikla, sebagai peniaga kejujuran itu tersangatlah  penting untuk bina trust orang pada kita. Trust ni nak dapatkan memang susah, tapi nak ranapkan ya pulak senang sangat. Sekelip mata jek boleh musnah. Lepas tu, jangan haraplah orang  nak percaya lagi. 

Jujurlah dalam berbisnes.
Jujurlah dalam berbisnes.

"Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para Nabi, siddiqin dan para syahid" - (Riwayat At-Tarmizi). 

Sesuai dengan pepatah yang selalu kita dengar, sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Makna kata, peniaga yang jujur pun terkena tempiasnya gak nanti dek perbuatan mereka yang tak jujur. Jom sama-sama kita istiqamah dan jujur dalam apa jugak yang dikerjakan. InshaAllah rezeki berkat dan tak putus-putus ganjaran kita kelak.

Post a Comment

1 Comments