Advertisement

Masak spageti bolognese simple, melayan tekak loya.

MASAK SPAGETI BOLOGNESE SIMPLE, MELAYAN TEKAK LOYA. Hari ni rasa macam tekak ni makin meloya pulak. Makan ni tak lalu, makan tu tak lalu. Aiseh, nak makan apa pulak ye nak kasi perut ni terisi. Berlapar terus pun tak elok gak. Tak memasal berat tak naik, haa satu masalah lagi. Huhu.

Mood memasak pun sejak sejak ni pun cam ke laut jugak. Iyelah, pak mertua pun lately mintak bubur je, so senang la kroje cikla. Pastu, kat umah ni pun tinggal budak Ammar dengan Zara je. Si kakak dua orang tu balik kampung dan dekat seminggu lebih jugak laa. So, masak banyak-banyak pun takde orang nak makan kan. Membazirkan amalan syaitonnn. 

So, fikir menu yang simple dan cepat masak, apa yang terlintas kat kepala hotak ni kalau bukan spageti kan. Rebus spageti, pastu 'panaskan' je kuah yang dah siap tu. Settle. Tapi, kalau cikla masak kuah spageti ni cikla suka tambah ayam cincang dengan bawang besar. Tumis dulu dengan minyak zaitun sikit bawang tu, pastu masukkan ayam. Kacau-kacaulah kejap sampai ayam tu masak. Pastu baru tulang kuah dia dengan letak lah sos cili sikit. Nak bagi pedas-pedas gitu. Biar sampai mendidih. Siap!

Masak spageti bolognese simple, melayan tekak loya.
Masak spageti bolognese simple, melayan tekak loya. 

Kira kenalah dengan tekak sebab ada rasa masam-masam pedas sikit kan. Oklah, janji kenyang. Hihi. 

Post a Comment

4 Comments

  1. nyummmm sedapnya. anak2 kak pun suka makan jugak camni ^_^

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang datang jugak rasa jemu makan nasi. Jadi spagetti la penyelamatnya 😉

    ReplyDelete
  3. sodap nyer!
    sesekali buat, selera la makan.
    moga cikla sihat2 jer ye.
    standard la tu, pregnant dan loya-loya takkan boleh berpisah :)

    ReplyDelete