Rezeki Allah yang tak disangka. Daku mengandung lagi.

Betullah orang kata, kalau Allah nak bagi tu sekelip mata pun boleh jadi kan. Sebenarnya, cikla tak plan pun nak mengandung lagi. Lagi-lagi dengan kondisi kesihatan cikla sekarang yang tak menentu. 

Maklumlah, sekarang dah jadi orang kurang hormon tiroid kan. Hal yang melibatkan hormon ni kadang-kadang di luar jangkaan. Huhu. Walau apapun, cikla bersyukur dengan 'rezeki' ni. Anak pun rezeki kan.

Kali ni memang cikla buat buku merah awal dari sebelum sebelum ni. Seawal 6 minggu dah terjah klinik tu haaa. Iyelah, saja buat awal kot kalau ada apa apa masalah boleh diambil tindakan secepatnya kan. 

Rezeki Allah yang tak disangka. Daku mengandung lagi.
Rezeki Allah yang tak disangka. Daku mengandung lagi. 

Ni pun, awal-awal dah penuh-penuh dah buku merah dengan rekod yang panjang berjela. Start dari masalah kesihatan cikla, dan lain lain lagilah. Ni kalau dah cukup bulan mau tebal tak hingat ni buku merah daku. Haha. 

Sticker pun dah dapat lain kaler. Kalau mengandung 4 kali sebelum ni, sticker hijau. Tapi, kali ni spesel sikit. Dapat kaler kuning. Hihi. 

Apa yang pasti, perjalanan mengandung cikla kali ni mesti lain dari yang lain. Setiap bulan mesti banyak appointment doktor yang cikla kena pergi. Ni pun dah standby 3 appointment yang cikla kena pergi ni haa. Bertabahlah.

Korang doakan cikla kuat ye tempuh semua ni. InshaAllah cikla akan share setiap pengalaman cikla nanti. 

17 comments:

  1. Alhamdulillah. Seronoknya Cikla. Tahniah Atul ucapkan. Take care ya.

    ReplyDelete
  2. Tahniah cik La. rezeki baby 2020. Semoga dipermudahkan segala urusannya. ^^

    ReplyDelete
  3. tahniah
    semoga dipermudahkan membawa baby 9b10h
    dan dipermudahkan urusan kelahirannya nanti.

    ReplyDelete
  4. Allhamdulillah tahniah cik la... jg kesihatan tau

    ReplyDelete
  5. Moga dipermudahkan urusan...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..Tahniah kak. take care :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah tahniah. semoga dipermudahkan segala urusan dalam kehamilan dan dilimpahkan kesihatan berpanjangan. aamiin ^_^

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah.. tahniah cikla. Moga dipermudahkan urusan yea.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews