Guna tepung kek nak bagi cekodok lembut? Ehh, betullah lembut.

Bila balik kampung, memang selalulah 'suruh' mak masak macam-macam. Hehe. Maklumlah, air tangan mak kan yang tersedap walaupun lauk simple je. Balik kalo tengok, cikla tengok meriah plak pokok pisang mak berbuah. Sekali sisir, dapat sebakul penuh. Banyak gila. Kalau menu berasaskan pisang ni, yang paling senang nak buat apa lagi kalau bukan cekodok pisang kan. Bahan pun sikit je, dah jadi dah. Nak dijadikan cerita, tepung gandum biasa tu dah habis, pastu malas plak nak pergi kedai, kita buat guna apa yang ada ajelah kan.

Mungkin semua tau kot macam mana nak cekodok pisang kan, tapi takpelah cikla share jugaklah.

Bahan-bahan :

Pisang.
Tepung kek.
Gula dan air sikit. 
Minyak untuk menggoreng.

Cara :
  1. Blend pisang dengan sedikit gula dan air sampai hancur. Lepas tu, campurkan pisang yang dah siap blend tu dengan tepung kek dalam bekas yang sesuai. Kacau rata dan sebati. 
  2. Panas minyak dalam kuali, dah panas masukkan hasil adunan tadi. Guna tangan je, bentuk bulat-bulat. Tapi, jaga-jaga jangan minyak terpercik kat tangan pulak. 
  3. Goreng sampai kekuningan. Ada orang suka hitam hitam sikit, lagi sedap. Lepas tu, angkat dan toskan minyak. Bolehlah dinikmati bersama kopi O panas. Yummyyyy. 

Pisang ni macam-macam resepi boleh buat kan selain dari cekodok. Cuma rajin tak rajin je. Tapi, kena tengok jenis pisang dia jugak kan. Selamat mencuba. Nyumm, nyumm. 

5 comments:

  1. sedapnya cekodok pisang..:)

    ReplyDelete
  2. sedap makan bersama secangkir kopi di musim hujan ni ๐Ÿ˜‹

    ReplyDelete
  3. Oh baru tahu. Sebelum ni dok guna tepung gandum aja ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  4. oic.
    tak pernah pun guna tepung kek.
    ada je stok tu kat dapur.
    maybe boleh try, cikla. tak try, tak tau kan :)

    ReplyDelete
  5. wow good tips baru tau ni.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews