Boleh dikatakan semua orang kat Malaysia ni dah berkereta. Tengok ajelah ssetiap hari kat jalan raya nun penuh dengan kenderaan yang bersimpang siur. Suasan macam ni bukan ada kat bandar je sekarang ni, kat kampung pun dua kali lima gak. Sama sibuknya. So, selain dari menggunakan kereta untuk memudahkan kita ke sana ke sini, ada orang turut 'menggunakan' kereta sebagai tempat untuk berehat, bersantai sambil menikmat muzik kegemaran, malah ada jugak yang menjadikan kereta sebagai 'katil' kedua mereka. Haahaa. Mana taknya, syok oo tidur siap bukak ekon lagi, tambah-tambah lena diulit intan lagi.
Tapi, dalam syok syok tu sebenarnya tidur dalam kereta tak elok tau, sebab boleh mendatangkan kemudaratan lebih-lebih lagi kalau tidur dalam keadaan ekon dibuka, pastu siap tutup tingkap lagi plak tu. Ehh, serius tau benda ni secara santifik larangan ni betul dan dibuktikan benar, malah berisiko mendatangkan maut.
Korang nak tau tak sebab apa benda ni bahaya, walaupun kita nampak macam tak bahaya? Haaaa, inilah yang cikla nak kongsikan dengan korang sebab cikla rasa korang dan kita semua kena tau pasal ni. So, inshaAllah lepas ni kita akan lebih alert dan berhati-hati. InshaAllah.
Mengapa kita dilarang tidur dalam jangka masa yang lama di dalam kereta?
- Sistem ekzos yang mengalami kegagalan - Kalau fungsi mekanikal kereta tu tak sampai ke tahap standard, peluang kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kereta sementara orang yang tertidur di dalamnya boleh meningkatkan risiko kematian (mati lemaas) sebab keadaan ini akan mengurangkan tahap oksigen dalam kereta. Orang tu boleh mati dalam mas kurang dari sejam gais. Huhu.
- Peningkatan karbon monoksida - Bila sistem ekzos mengalami kegagalan dan bocor, risiko peningkatan gas karbon monoksida akan berlaku. Bila karbon monoksida meningkat, dah tentu paras oksigen akan turun kan. Haa. bila dah kurang oksigen, faham-faham ajelah apa kesan dia. Dah tentu korang akan sesak nafas, susah nak nafas dan akhirnya lemas.
- Paras oksigen dalam darah akan mengalami penurunan - Kalau korang nak tau, bila paras karbon monoksida dalam kereta tinggi, keadaan ini akan memberi kesan kepada oksigen dalam darah korang tu. Sebab, darah akan membawa lagi banyak karbon monoksida. Situasi ini boleh menyebabkan kematian tiba-tiba atau sudden death (kematian mengejut).
Betul ke tidur dalam kereta ketika enjin hidup dengan tingkap tertutup boleh membawa maut? Nak tau, meh baca perkongsian menarik ni. Gambar dari carian Google. |
Macam mana pulak kalau tidur dalam keadaan tingkap terbuka?
Haa, sebenarnya ramai orang dah salah faham pasal benda ni. Ada orang ingat, kalau bukak tingkap ok je kan, tapi sebenarnya tak ok jugak. Sebenarnya, walaupun tingkap terbuka, karbon monoksida boleh jugak terkumpul walaupun di paras yang lebih rendah. Keadaan ni jugak boleh menyebabkan tahap oksigen dalam darah diturunkan dan seterusnya akan mengakibatkan kehilangan cecair badan dan air. Akibat dari ini, korang akan kehilangan air dan cecair dalam badan selepas satu jangka masa tertentu. Bahaya kan?
Nak tau tak macam mana karbon monoksida, CO boleh membunuh?
Macam ni. Bila korang hidu gas CO, dia akan meresap ke dalam saluran darah, lepas tu bergabung pulak dengan hemoglobin. Hemoglobin ni kerja dia bawak oksigen, O2 ke seluruh badan kita. Takde dia memang kondem laa semua sistem badan. So, gabungan oksigen dengan hemoglobin ni kita panggil oxyhaemoglobin, manakala gabungan CO dengan hemoglobin pulak nama dia carboxyhaemoglobin.
Jadinya, walaupun kandungan O2 dan CO sama banyak kat dalam badan, si hemoglobin ni lebih suka pada CO. So, akan wujudlah gabungan yang jahat ini, carboxyhaemoglobin. Bila gabungan ni makin lama makin banyak, kandungan O2 dalam tisu badan kita akan semakin berkurang. Kesannya, mangsa boleh mati sesak nafas sebab kurang oksigen kan.
Betul ke tidur dalam kereta ketika enjin hidup dengan tingkap tertutup boleh membawa maut? Nak tau, meh baca perkongsian menarik ni. Gambar dari carian Google. |
Keracunan CO ni jugak akan meyebabkan badan mangsa menjadi merah atau pink, berbeza dengan simptom sesak nafas yang lain. So, memang senang nak kenal simptom dia. Tapinya, nak kesan keracunan CO ni agak susah jugak sebab CO ni dahlah takde warna, takde rasa, takde bau, pastu tak menyakitkan.
So, kebanyakan mangsa tak tahu dan tak sedar pun mereka ni sebenarnya sedang mengalami keracunan CO. Cumanya, 90% simptom atau tanda dia, mangsa akan rasa pening. letih, kabur dan akhirnya akan membunuh mangsa yang tidur di dalam kereta secara diam-diam. Nauzubillah, semoga lepas ni kita semua lebih alert dan berhati-hati. Beringat sebelum kena!
Kredit info : Ruangan Info Pengguna, Sinar Turbo (akhbar Sinar Harian).
Selalu kalo berhenti lama pun, kita tinggal dalam kereta pun bukak sikit tingkap. hehe
ReplyDeletepernah baca tentang ni. kalau nak drive jauh tu memang kena rehat secukupnya. nak berhenti tidur kejap pun macam risau.
ReplyDeleteTk
ReplyDeleteInfo bermanfaat
oh patutlah kena buka jugak sikit tingkap. sekarang dah faham, hehe. terima kasih kongsi info ^_^
ReplyDelete