Advertisement

Mengidam jeruk pelam asam boi.

MENGIDAM JERUK PELAM ASAM BOI. Sejujurnya, pregnant kali ni memang sangat berbeza. Awal-awal lagi dah kena 'serang' dengan rasa loya dan mual yang tak berkesudahan. Amboi ayat dia. Haha. Mana taknya. 4 kali pregnant sebelum ni steady je. Takde rasa loya. Takde rasa mual. Mungkin keadaan dan rasa ni normal bagi ibu mengandung, tapi bagi diri cikla sendiri, aduhaiii inilah ujian yang cikla kena terima dengan hati terbuka. Harap-harap takdelah lama sangat nak melayan rasa tak best ni kan.

Bila rasa loya mual tu datang, tekak ni mulalah nak cari benda yang masam masam. Bila kena je makanan masam kat tekak ni, fuhh nikmat dia tak boleh nak gambarkan. Rasanya, sebekas asam jeruk tu pun boleh habis tau, cikla hadap sorang. Hihi.

Mengidam jeruk pelam asam boi.
Mengidam jeruk pelam asam boi. 

So, nak dijadikan cerita, satu hari tu encik suami balik bawak dua bekas jeruk pelam asam boi. Macam tau tau bini dia ni tengah dok mencari cari 'benda alah' tu. Apa lagi, bagikan orang mengantuk disorongkan bantal, mak aii memang berbunga-bungalah hati ini.

Dua bekas tu cikla makan sorang je tau. Tapi ulang ulanglah. Takdelah hadap sekaligus. Gila apa, nak kena cirit birit. Tak memasal. Haha.

Mengidam jeruk pelam asam boi.
Mengidam jeruk pelam asam boi. 

Walau apapun, alhamdullilah. Lepas gak hajat di hati. Thanksss hubby. 

Post a Comment

0 Comments