First time buat murtabak maggi.

Time mengandung ni, mulut ni asyik nak menyuap je. Pantang nampak gambar makanan, mulalah teringin. Yang mana boleh dibuat tu, kita buatlah la kan. Jadi tak jadi belakang kira. Yang tak reti nak buat tu kita cari sampai jumpa. Haha. Tadi pagi, skrol skrol Web masak nampak pulak murtabak maggi. Dah sudah, teringin. Memang dah lama sebenarnya nak rasa, tapi time tu macam ala, tak teringin sangat pun. Kalau ada, makanlah. Kalau takde pun takpe. 

Kebetulan pagi tadi mak dengan abah keluar pergi Tesco, kirimlah bahan-bahan nak buat murtabak maggi tu. Bahan dia senang je, tak banyak. Derhaka sikit resepi yang cikla dok search tu, jadilah murtabak maggi hangus versi first trial.

First time buat murtabak maggi.
First time buat murtabak maggi. 

Bahan-bahan :

Mee maggi. 
Telur. 
Daun bawang (potong kecil). 
Bawang besar (hiris halus). 
Cili merah (hiris halus) - optional. 
Perencah maggi kari/garam/minyak. 

Cara nak buat :

Mee maggi direndam sekejap sampai lembut, kemudian toskan. Ketepikan dulu. Dalam bekas lain, pukul telur bersama bahan lain kecuali minyak sampai rata, lepas tu masukkan mee maggi tadi dalam campuran tersebut. Gaul rata. Atas kuali yang sesuai, elok guna kuali leper sebab senang nak terbalikkan dia, letak sedikit minyak. Bila minyak dah panas, tuangkan bahan yang dah siap digaul ikut bentuk besar mana yang korang nak. Kalau nak kecik comel, gunalah senduk kecik. Biar sampai kekuningan, sebelum diterbalikkan. Dah elok kuning cantik, angkatlah. Kalau korang suka garing sikit macam cikla tu, biarkanlah sampai garing. Siap untuk dinikmati bersama sos kegemaran korang. 

First time buat murtabak maggi.
First time buat murtabak maggi. 

First time buat murtabak maggi.
First time buat murtabak maggi. 

Jadilah kan, kali pertama mencuba. Prektiss make prefecto bak kata orang putih. Haha. Selamat mencuba! 

4 comments:

  1. alahai, cikla!
    tetiba teringin nak buat ni.
    lama x buat murtabak maggi tau.
    sedap!
    cicah sos.

    ReplyDelete
  2. Macam syok jugak. Nak try buat jugak lah ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  3. wife ejulz selalu buat ni. hehe

    ReplyDelete
  4. Aien selalu buli adik ipar suh buatkan. Haha

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews