Zaman sekarang ni kalau korang dengar cerita ke, baca cerita ke, jangan mudah percaya lonjong-lonjong. Lagi-lagi jenis gosip-gosip liar tu. Lagilah tak boleh percaya. 

Bukan apa, kita tak tau kan kesahihan cerita tu. Dahlah tak confirm betul ke tak, ehh dicanangnya pulak dekat orang lain. 

Maka bertebaranlah cerita yang entah betul, entahkan tidak tu satu benua. Huhu. 

Jangan percaya cerita yang didengar tanpa bukti.
Jangan percaya cerita yang didengar tanpa bukti. Sumber carian Google.

Ehh, korang kena ingat jugak tau, kalau cerita tu betul korang dah mengata. Dan kalau cerita tu tak betul pulak boleh jatuh fitnah. Bahaya tu, hati-hati. 

So, apa yang perlu awak buat kalo dengar cite dari orang lain, nak nak awak tak pasti kebenarannya. Baca ni. 

(1) Korang jangan terima terus cerita tu sebab kesaksian tak cukup. Senang cakap bukti takdak. 
(2) Hendaklah korang mencegahnya. Nasihat orang yang bawak cerita tu jangan sebarkan cerita kalau tak pasti. 
(3) Jangan bersangka-sangka, sebab dengan bersangka-sangka boleh mendatangkan dosa. 
(4) Janganlah awak menyelidik. Ehh, dahlah tak tau betul ke tak. Siap offer diri pulak nak siasat cerita tu. Adehh lah. 
(5) Membenci perbuatan itu. Mengata dan memfitnah. 
(6) Kalau benci perbuatan tu, janganlah mengulanginya. Malah, jauhilah.

Jom berubah, dan semoga kita sentiasa istiqamah. InshaAllah.