Advertisement

Nak tau petua hilangkan lenguh kaki? Meh baca ni.

NAK TAU PETUA HILANGKAN LENGUH KAKI? MEH BACA NI. Hai gais. Aduhh, lama betul dok tinggal blog kesayangan cikla ni. Apa nak buat, banyak benda nak kena settle. Bila malam pulak, badan dah letih penat semua, dapat bantal memang terus ku belayar di lautan tidak bertepianlah jawabnya. Hahaha. 

Ehh, siapa yang selalu kena masalah lenguh kaki. Iyelah, lagi-lagi korang yang terlampau aktif masa siang, haaa bila malam baru timbul semua lnguh sengal bagai. Kalau kena camtu kan, apa yang korang selalu buat nak bagi lega? Haaa, meh sini baca ni cikla nak share beberapa petua atau tips nak bagi lega kaki yang lenguh tu. 

Petua/tips nak hilangkan lenguh kaki. 

Nak tau petua hilangkan lenguh kaki? Meh baca ni.
Nak tau petua hilangkan lenguh kaki? Meh baca ni. gambar dari carian Google.

Rendaman. Caranya, sediakan semangkuk air, lepas tu tambahkan satu senduk garam biasa. Kalau dapat garam bukit lagi cantik. Kemudian, rendamkanlah kaki korang kat dalam air itu selama 15-20 minit.

Urutan. Korang boleh start dengan memicit-micit ataupun mengurut-urut betis orang tu nak bagi darah area situ berjalan lancar. Masa picit picit ke, urut urut tu, korang gunalah losen ke, ataupn minyak urut sebab nak mudahkan urutan tu dilakukan.

Gerakan. Kalau korang rasa lenguh tu macam kebas kebas, korang buatlah gerakan seperti menekan-nekan dengan jari pada area yang sakit. Tahan selama 15-20 saat, lepas tu regangkan otot-otot kaki korang perlahan-lahan.

Tuaman. Kalau yang ni korang buat guna ais. Ais tu korang bungkuslah kat dalam plastik lepas tu bungkus lagi dengan tuala. Dah siap tu, baru tuam dekat bahagian sendi dan keliling lutut korang dalam 10-15 minit. Ehh, masa menuam tu nanti, korang letakkan kaki pada kedudukan yang lebih tinggi. Cubalah, memang selesa. 

Nak tau petua hilangkan lenguh kaki? Meh baca ni.
Nak tau petua hilangkan lenguh kaki? Meh baca ni. Gambar dari carian Google.

Lumuran. Korang ambil halia muda dengan bawang putih, lepas tu kupas kulit keduanya. Dah siap kupas tu, tumbuk keduanya sampai lumat. Kalau boleh, biarkan sedikit berair. Lepas dah siap tumbuk tu, lumur pada bahagian kaki yang lenguh dan biarkan semalaman. Keesokan paginya, bersihkan kaki dan sapu dengan sedikit minyak zaitun.

Minuman. Campurkan madu dan jus lemon dalam cawan berisi air suam, atau satu sudu makan minyak ikan dengan segelas jus limau. Amalkan minum sebelum tidur.

Kedudukan kaki sebelum tidur. Pastikan kaki diletakkan pada kedudukan yang lebih tinggi daripada badan masa tidur. Caranya, just ambil bantal pastu letakkan di bawah betis, kalau korang nak tau, cara ini boleh membantu melancarkan pengaliran darah dan menggelakkan ia berkumpul di bahagian kaki.

Selamat mencuba.

Kredit : Grup Telegram PetuadanKesihatan.

Post a Comment

3 Comments

  1. Bagus petua ni Cik La. Thanks for share. lama dah tak singgah sini. ^^

    ReplyDelete
  2. wahh thanks share. welcome back to blogging

    ReplyDelete
  3. kalau dah lenguh kaki memang lah seksa, cikla.
    driving lama.
    diri lama.
    aduhai...

    ReplyDelete