'santai tapi sampai'

Kalau korang nak tau, penyakit mental ni adalah keadaan kesihatan disebabkan oleh salah satunya adalah emosi, pemikiran dan tingkah laku ya...

Seriuskah penyakit mental? Apa sebab jadi camni ye?

Kalau korang nak tau, penyakit mental ni adalah keadaan kesihatan disebabkan oleh salah satunya adalah emosi, pemikiran dan tingkah laku yang berubah. Ada sesetengahnya pulak, tiga tiga sekali dia tapau.

Seriuskah penyakit mental? Apa sebab jadi camni ye?
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Umumnya, penyakit mental ni boleh dikelaskan kepada tiga jenis yang utama iaitu :

1. Neurosis, iaitu mereka yang mengalami perubahan dan gangguan dalam pemikiran, perasaan dan melakukan tanpa menjejaskan kewarasan dorang. Contoh, kemurungan dan kebimbangan.

2. Psikosis, iaitu perubahan  yang amat ketari dialami dalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku. Mereka akan berhalusinasi, iaitu rasa confius dengan suara suara ghaib yang ber'comunicate' dengan dorang. 

So, mereka mungkin akan bercakap benda benda yang merapu meraban, cakap sorang sorang, Kadang-kadang ketawa dan marah tanpa sebab. 

Contohnya, skizofrenia (berhalusinasi, delusi, fikiran/cakap bercelaru) dan kecelaruan manik-depresif (dwikutub) iaitu alami perubahan ketara dari segi emosi. Selalu hilang kawalan jadi terlalu happy (fasa manik) atau terlalu sedih (fasa kemurungan).

3. Kecelaruan personaliti, iaitu mereka yang alami 'kecacatan' perwatakan (karakter). Keadaan ni jugak boleh bagi kesan tak bagus terhadap orang di sekeliling dia.

Kenapa agaknya penyakit ni boleh berlaku ehh? Sebenarnya, penyakit ni jadi takde sebab yang spesifik. Tapi, kita boleh pertimbangkan sebab berikut, iaitu sebab keturunan dan genetik. Maksudnya, mungkin ada famili yang mempunyai sejarah penyakit ni. 

Selain tu, mereka juga mengalami gangguan bahan kimia dalam otak sebab bila neurotransmitter (sejenis bahan kimia dalam otak) ni tak berfungsi dengan baik, gejala penyakit mental akan muncul.

Sebagai contoh, skizofrenia ni berlaku bila dopamin dihasil secara berlebihan. Kemurungan pulak disebabkan paras serotonin rendah sangat, manakala kalau paras serotonin tinggi melangit, jadi mania pulak. Selain itu, kebimbangan pulak berlaku bila adanya gangguan dalam penghasilan dan fungsi noraadrenalin.

Semoga kita semua terhindar dari penyakit sebegini. Aamin.

Kredit Ruangan Sinar sihat : aktif.

2 comments:

  1. mOga kita terhindari dari penyakit ni. ^^

    ReplyDelete
  2. penyakit mental memang serius. kalau takda orang yg nak diluahkan atau orang yg boleh dikongsikan masalah :(

    ReplyDelete