'Santai Tapi Sampai'

6 November 2019

Peniaga online wajib keluar zakat ke?

Zaman sekarang peniaga online memang ramai, macam cendawan tumbuh lepas hujan. Cikla sendiri pun peniaga online gak. Mungkin sebelum ni ada yang anggap, peniaga online ni tak perlu bayar zakat pun, tapi sebenarnya mereka mereka ini diwajibkan berbuat demikian. 

Rupanya, tuntutan zakat perniagaan ni tak terhad kepada mereka yang mempunyai bisnes besar-besar je, tapi turut diwajibkan pada mereka yang menjalankan bisnes kecil-kecilan.

Pengurus Besar Kanan Operasi Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Encik Mohamed Hassan bagitau, tak kiralah bisnes kecik atau besar, bila cukup syarat, mereka diwajibkan melakukan rukum Islam ketiga itu.

Peniaga online wajib keluar zakat ke?
Peniaga online wajib keluar zakat ke? Gambar dari carian Google. 

Katanya lagi, syarat wajib berzakat adalah bila telah cukup nisab iaitu RM13,968 setahun bersama syarat-syarat wajib yang lain. 

So, mereka yang menjalankan bisnes secara online tak kiralah dropship, ejen, stokis termasuklah yang melakukan ulasan produk di laman sosial memasing diwajibian berzakat. 

Walaupun mereka mungkin takde akaun atau penyata kewangan, sebagai umat Islam yang taat kepada perintahNya, mereka wajib melaksanakannya dengan menggunakan kaedah tertentu.

Cikla agak, zaman sekarang ni serba serbi dah mudah. Tak payah dah susah susah nak pergi ke pusat zakat, buat online pun boleh. Just pergi ke laman Web bizonline.zakat.com.my 

Memang mudah je tau. Tapi bagi cikla, tak cukup syarat pun takpe. Demi keberkatan rezeki kita bayar je kan. 

Tak kiralah berapa ri ggit pun. Bayar setiap bulan pun boleh, nak bayar setahun sekali pun boleh. Just 2.5% dari total keuntungan yang korang dapat dalam setahun. Ala, berapa ringgit sangat kan.

Jom berzakat. Berzakat menyucikan harta dan menenangkan jiwa. Yakinlah, tak kan berkurang harta dengan berzakat malah Allah menambahkan lagi harta kita. Murah rezeki tanpa putus. InshaAllah.

Kredit Ruangan Lokal, Harian Metro. 

10 comments:

  1. Setuju, berzakat menyucikan harta 😍

    ReplyDelete
  2. Kira zakat pendapatanlah sekiranya cukup syarat dan haul

    ReplyDelete
  3. Setiap rezeki kita yg brlebihan ada bahagian utk yg mmerlukan

    ReplyDelete
  4. thank you for the info. nice sharing <3

    ReplyDelete
  5. Cukup syaratnya mesti bayar

    ReplyDelete
  6. cukup syarat = wajib byr.
    tak cukup syarat = terpulang.
    tapi kena ingat tau cikla.
    zakat ni bukan la secara byr kat pusat zakat jer tau.
    kalau cikla ada sedekah / derma kpd asnaf secara direct, tu pun dikira zakat tau.
    so, sebenarnya, kita-kita ni dah lunaskan pun tuntutan agama tu.
    tapi secara x sedar.
    byr di pusat zakat tu adalah utk yg nak resit - pelepasan zakat.

    sharing aida ni berasaskan ceramah yg dpt kat ofis.
    moga bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye aida. Betul tu. Mungkin kita kdg2 x cukup masa atau tak sempat nk bg direct dekat tempat2 yg aida ckp tu, rasanya cara on9 lebih sesuai kan. Btw thanks sharing

      Delete