4 sumber rezeki mengikut Al-Quran.

By Cikla Shahril - December 25, 2019

Cikla masih lagi di kampung ni, tunggu encik suami datang amik. Korang balik kampung gak ke tu? Cuti sekolah pun dah nak sampai ke penghujung kan. Kejap pulak rasanya cuti kali ni. Hihi. 

So, pagi ni saja je cikla up entri ni nak sharing pasal rezeki dengan korang. Kita selalu dengar orang cakap, rezeki tak pernah salah alamat, rezeki tak disangka, berusahalah pasti ada rezeki buat kita dam macam-macam lagi. 

Rupanya, perihal rezeki ni Allah dah tulis dalam Al-Quran. 

4 sumber rezeki mengikut Al-Quran.
4 sumber rezeki mengikut Al-Quran. 

1. Rezeki yang Allah janin semua hambaNya akan dapat.

"Dan tiadalah sesuatu dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)."- (Surah Hud, ayat 6).

2. Rezeki yang diberi mengikut kadar usahanya.

"Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan memperlihatkan hasilnya." - (Surah Najm, ayat 39).

3. Rezeki yang Allah tambah kalao bersyukur.

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." - (Surah Ibrahim, ayat 7).

4. Rezeki yang datang tak disangka bagi orang yang bertawakal.

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan sesiapa yam bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya, Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." - (Surah Talaq, ayat 2-3).

Yakinlah rezeki untuk kita sudah tersedia, cuma bergantung kepada kita macam mana cara kita 'menjemputnya'. Semoga kita semua dimurahkan rezeki selalu. Aamin.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments