'Santai Tapi Sampai'

26 October 2016

Tips penyusuan ekslusif untuk si kecil kita!

Cikla percaya semua ibu mesti nak menyusukan anak mereka sampai anak mereka berumur 2 tahun dengan penyusuan ekslusif. Betul tak? Mesti ibu-ibu masih ingat lagi, masa kita masih mengandung lagi, kita sudah diberi pendedahan tentang kebaikan dan kelebihan memberi susu badan tak kiralah kebaikan pada baby, malah ibu itu sendiri turut sama mendapat kebaikannya.

Lepas tu,  bila dah bersalin pulak, di hospital kita didedahkan lagi mengenai kebaikan penyusuan, malah diberi tunjuk ajar macam mana nak susukan baby terutama untuk ibu ibu yang pertama kali mempunyai cahaya mata. Akan tetapi, ada sesetangah ibu yang mempunyai 'masalah' dalam memberi susu badan kepada baby mereka. 

Jangan blame mereka, bukan mereka nak jadi macam tu. Padahal dalam hati mereka melonjak-lonjak perasaan nak menyusukan anak mereka. Jangan risau, cikla percaya masih ada cara atau kaedah yang ibu ibu boleh cuba untuk atasi masalah ni. 

Bak kata orang, kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Betul tak? Ada beberapa tips yang cikla nak kongsikan, mungkin cara ni dapat membantu ibu-ibu sekalian mengatasi masalah dalam penyusuan ni. Apakah tips itu? Jom baca ni.

Tips penyusuan ekslusif untuk si kecil kita!
Tips penyusuan ekslusif untuk si kecil kita! Sumber Google.

Tips penyusuan ekslusif untuk si kecil kita!
  1. Ibu mestilah sentiasa 'Set Mind" yang susu ada dan banyak. Fikirkan yang ibu mahu susukan baby, malah cuba suntik sebanyak mungkin rangsangan positif dalam fikiran. Be positive. 
  2. Ibu boleh mengambil makanan yang berkhasiat atau dengan bahasa mudahnya makanan milkbooster seperti halba, lobak putih, kurma, habatussauda, madu,dan lain-lain.
  3. Sebelum  menyusu, ibu dan baby mesti selesa dan bersih. Ibu digalakkan mandi dengan air suam bagi membantu pengaliran susu yang menjadi lebih lancar. 
  4. Ibu perlu mencuci bahagian nipple payudara sebelum dan selepas sesi penyusuan. Ini untuk mengelakkan bau dan rasa yang kurang enak semasa baby menyusu. Deria baby tajam tau! 
  5. Si ibu digalakkan mengambil cairan yang mencukupi seperti mengambil air yang masih suam seperti susu, milo, horlic, air putih, rendaman halba, sup dan lain-lain.
  6. Kalau boleh ibu susukanlah anak sekerapnya (on demand), mengikut kemahuan bayi. Kalau baby tidur terlalu lama, kejutkan baby untuk diberi susu.
  7. Pastikan teknik pelekapan, posisi si ibu dengan posisi baby yang betul supaya ia akan memudahkan proses penyusuan susu dan baby akan kenyang.
  8. Kalau ibu kerap mengepam susu pun iaitu lebih 6 kali dalam sehari, sangat membantu penghasilan susu yang banyak. Lagipun, lebih banyak susu diberi kepada baby, ia akan menjadikan susu yang terhasil lebih banyak. Kalau ibu menyusukan baby di miss P kanan, miss P kiri mesti rasa macam berdenyut-denyut. Keadaan ni normal je tau, sebab denyutan dihasilkan oleh kilang susu sedang aktif menghasilkan susu.
  9. Urutan badan dan tekanan dendrit juga boleh dilakukan kepada ibu untuk membantu melancarkan laluan susu. Itu sebabnya, kalau dalam pantang bidan bidan yang mengurut akan urut kita punya miss P untuk mengaktifkan dan melancarkan pengaliran air susu. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tekanan dendrit, bolehlah rujuk kepada yang pakar.

Happy breastfeeding. Semoga tips ini bermanfaat. 

Sumber : WhatsApp group.

1 comment: