'Santai Tapi Sampai'

22 October 2016

Nak percepatkan bukaan serviks? Baca ni...

Bila usia kandungan dah sampai ke trimester ketiga, mesti perasaan gementar berdebar-debar tu makin terasa kan. Cikla pun, sebelum melahirkan baby Zara pun, masih rasa berdebar-debarlah jugak. 

Yelah, orang cakap lain anak lain pengalamannya. Berbalik kepada tajuk entri di atas, ada orang walaupun dah rasa kontraksi, tapi bukaan serviks masih kecik. 

Sakitnya, ya ampunnnnn rasa nak putus urat pinggang semua. *seriau bila ingat masa kontraksi tempoh hari. Huhu.

Nak percepatkan bukaan serviks? Baca ni... 

Sebenarnya, ada beberapa teknik yang boleh dipraktikkan untuk mempercepatkan bukaan serviks. Jom baca apakah teknik itu?

  • Banyakkan berjalan. Orang cakap dah dekat dekat nak bersalin tu elok berjalan banyak-banyak. Paling tak pun, pergi je taman permainan tu, just walking. Senaman jugak tu. Dengan berjalan ia akan membantu "melonggarkan" otot pelvis. Kalau tak berjalan pun, naik tangga pun dah ok dah. 
  • Mengekalkan diri dari mengalami sembelit. Kalau boleh, pastikan proses penghadaman dan pembuangan berada dalam keadaan baik.  Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayuran untuk melawaskan sistem pembuangan. Itu cara paling mudah kan.
  • Ada orang cakap, bila dah dekat dekat nak melahirkan, rajin-rajinlah 'bersama' suami. Ini kerana air mani suami mengandungi prostaglandin yang boleh menyebabkan rahim terbuka. Ia juga boleh menjadi sebagai suntikan induce yang menyebabkan pangkal rahim terbuka.
  • Dengan meminum teh ia dapat membantu mempercepatkan bukaan serviks kerana dengan adanya theanine di dalamnya. Minum secawan teh sehari pun dah cukup dah, seeloknya minum teh hijau atau jasmin.

Mungkin ada yang tak serasi dengan tips di atas, tapi tak salah kalau mencuba kan. Orang cakap usaha, doa dan tawakkal. 

Selamat melahirkan pada yang mahu melahirkan.  Semoga dipermudahkan, semoga tips ni memberi manfaat kepada ibu ibu. InshaaAllah.

3 comments:

  1. Hello ! This is not spam! But just an invitation to join us on "Directory Blogspot" to make your blog in 200 Countries
    Register in comments: blog name; blog address; and country
    All entries will receive awards for your blog
    cordially
    Chris
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
    ++++++
    Hello! Ini bukan spam! Tetapi hanya jemputan untuk menyertai kami di "Direktori Blogspot" untuk membuat blog anda di 200 Negara
    Mendaftar dalam komen: Nama blog; alamat blog; dan negara
    Semua penyertaan akan menerima anugerah untuk blog anda
    hormatnya
    Chris
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Saya buat ketuk ketampi... Hehe.. Stress kot bila overdue

    ReplyDelete