4 October 2016

Bajet untuk cantik!

Orang cakap nak cantik untuk diri sendiri, tak payah nak bajet-bajet sangat. Untuk diri sendiri kot, nanti cantik awak jugak. Memang betul tu, tapi kalau ada alternatif atau cara yang lebih menjimatkan untuk cantik lagi bagus kan. Betul tak? 

Sebenarnya, ada beberapa panduan bajet untuk awak, awak, awak dan awak *berapa banyak awak daaaa kalau nak nampak cantik, tapi dalam masa yang sama boleh berjimat. Jom baca apa yang cikla nak share ni.

Apakah tips bajet untuk cantik? Tips bajet untuk cantik, iaitu elakkan terlalu boros berbelanja ke arah kecantikan sebab apa yang lebih penting adalah bajet untuk kesihatan. 

Kecantikan yang dimaksudkan termasuklah aspek penampilan dalam berpakaian, solekan, aksesori dan penjagaan kulit wajah terutamanya. 

Perempuan khususnya yang terlampau teliti dalam soal kecantikan kadang kala sanggup berhabis habisan dalam membeli produk kecantikan termasuklah pergi ke spa atau butik kecantikan. 

Golongan sebegini sebaiknya mendapat rawatan di pusat kecantikan yang bertauliah tapi jangan lupakan pulak soal pemeriksaan kesihatan terlebih dulu. 

Bajet untuk cantik!
Bajet untuk cantik! Kredit Google. 

Encik suami sepatutnya sediakan bajet untuk penjagaan kecantikan isteri. Memang tak dinafikan kebanyakan isteri yang bekerja lebih suka membeli sendiri semua keperluan kecantikan mereka sebab tak nak membebankan suami, tapi tak salah kot kalau sekali sekala suami belanja untuk isteri. Lagipun, yang cantik nanti isteri awak jugakkan. 

Memang tak salah kalau sesekali kita berbelanja lebih sikit untuk beli baju baru, tapi janganlah sampai membazir pulak. 

Berpada-padalah.

Seeloknya, kalau ada bajet untuk penjagaan kecantikan, apa salahnya kita sediakan bajet untuk bersedekah supaya amalan kita seimbang dunia akhirat. InshaAllah. 

Elakkan dari tampil berbahaya semata-mata untuk cantik, contohnya memakai contact lens yang tak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Selain tu, jangan terikut-ikut sangat trend sampai mengubah ciptaan Allah. Dah berdosa dah tu.

Sumber : Harian Metro.

14 comments:

  1. Untuk 'cantik' mek bajet rm50 je sblan. Hahha

    ReplyDelete
  2. Tips no 5 : reminder utk nadia . Hihihi . Nadia mmg suka shopping baju . Thanks share this cik La =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi perempuan mmg suka shopping baju kan.. samalah... hihi

      Delete
  3. Wkmsalam.
    Penjagaan kesihatan perlu diutamakan juga.
    Kecantikan yang hadir dari dalaman lebih berpanjangan.

    ReplyDelete
  4. Kadang2 bukan sebab nak cntik pun. Nak puaskan nafsu membazir mcm tu. Eh bukan membazir tpi dia mcm nak beli lpastu tak pakai sgt pun. Sebab nak sgt haa mcm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang mcm nk memenuhi 'keinginan' lah ye maknanya? betul tak?

      Delete
  5. cantik dari dalam, automatik cantik dari luar jg..

    ReplyDelete
  6. Cik la camana nk buat status kat header tu? Boleh bagi tutorial tak? Anyway kenalah berjimat dari sekarang memandang semua barang keperluan harian melambong tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak... cikla pun study dr tutorial blogger Lyssasecret. xpelah.. nnti cikla share oK...

      mmg Sgt Sgt perlu berjimat skang ni, lagi lagi anak ramai mcm cikla ni.. huhu...

      Delete
  7. x tergoda utk cntik..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. because you already beautiful...kan kan...
      ;-)

      Delete