Cikla nak tanya, pernah tak korang makan ikut emosi? Tension je, makan. Marah je, makan. Even, happy pun makan jugak. Hahaha. Jom kita baca apakah dia kelaparan emosi ni. Jom jom. Kelaparan emosi datang tetiba. Datang tak diundang kata orang. Tetiba rasa lapar dan teringin sangat nak makan sesuatu. Macam terdesak pun ada.
Kelaparan emosi inginkan makanan tertentu. Mengidam pulak dah. Biasanya makanan berlemak atau berkeju yang menjadi pilihan sebab ia mampu memberi kelegaan segera. Kelaparan emosi selalu mencetuskan keadaan di mana 'makan tanpa berfikir'.
Kata orang, makan tanpa bagi perhatian atau menikmati makanan tu dengan mood yang happy.
Makan ikut emosi? Kredit Google. |
Kelaparan emosi biasanya tak akan bagi kepuasan walaupun kita dah 'tersandar' sebab kekenyangan. Kadang kadang macam dah nak overload dah perut tu sebab kenyang sangat. Kelaparan emosi tak terletak pada perut. Kadang-kadang kita lebih fokus kepada tekstur, rasa dan bau makanan tersebut.
Kelaparan emosi selalunya membawa kepada rasa menyesal, bersalah, dan malu. Sebab apa? Sebab biasanya kita tau yang kita makan sesuatu makanan itu disebabkan oleh khasiatnya.
So, lepas ni janganlah makan ikut emosi ye. Makanlah mengikut kehendak fizikal sebab ia lebih memberi manfaat kepada tubuh badan kita demi mendapatkan kesihatan yang baik. Nanti kalau terlebih makan, bukan sihat yang kita dapat, sakit pulak ganjarannya.
Sumber : Ruangan Kelab Diet.
Masa zaman universiti dulu ye makan ikut emosi. Sekarang tak dah. Makan ikut keperluan je.
ReplyDeleteTkde pulak time menangis tu lapa. Time marah pun tk lapa. Time marah rase nk menampar org ade lerr :)
ReplyDelete