'Santai Tapi Sampai'

17 October 2016

Baby anda kembung? Jom legakan dia dengan langkah ini.

Bayi yang masih kecil memang akan mengalami kembung perut. Tapi, pendapat cikla mungkin ikut baby jugaklah. Ada yang tahan, ada yang tak. Macam baby Zara, nampaknya macam ok. Jarang jugaklah dia kembung. Itu pun ibunya jaga jugaklah makan, takdelah bedal semua. Huhu. Sebenarnya ada beberapa punca yang menyebabkan kembung berlaku terutamanya kepada baby yang masih kecil. Apakah sebabnya? Jom baca ni.

Baby anda kembung? Jom legakan dia dengan langkah ini.
Baby anda kembung? Jom legakan dia dengan langkah ini. Sumber Google.

Teknik penyusuan yang mana ia melibatkan pelekapan dan posisi yang betul dan selesa semasa menyusukan baby. Ini kerana teknik yang kurang tepat boleh meyebabkan perut baby dimasuki angin semasa menyusu.

Selepas baby menyusu, ibu mestilah sendawakan baby dengan sempurna menggunakan teknik yang betul dan selamat. So, ibu boleh research cara-cara nak sedawakan baby. Banyak je info kat Google pasal ni.

Baby yang sendawa selepas menyusu dapat mengelakkan angin terperangkap di dalam perut. Tapi, memang tak dinafikan ada baby yang susah nak sedawa. Kalau baby Zara memang kena sedawakan jugak, kalau tak confirm dia muntah.

Pujuk si anak dengan zikir dan perbualan yang lembut. Ini kerana kalau anak menangis terlalu lama, dia lebih mudah mendapat masalah kembung perut. Ibu yang menyusukan badan sepenuhnya, perlu pilih makanan yang berkhasiat, baik untuk ibu serta bayi agar tidak memudaratkan bayi selepas menyusu. Sesetengah makanan yang diambil oleh ibu boleh menyebabkan bayi mudah kembung dan menangis.

Alahan pada susu fomula tertentu boleh menyebabkan baby kembung. Sesetengah baby mengalami alahan pada protein susu lembu, laktosa dan sebagainya. Pemilihan susu fomula yang sesuai sangat penting. Pendapat cikla macam agak susah nak cari susu formula yang sesuai dengan baby, bak kata orang kena try and error. Kalau dia ok dengan susu tu, boleh teruskan. Kalau tak, kenalah tukar susu lain.

Ibu boleh melakukan urutan atau picitan lembut, iaitu kaedah "Terapi Dendrit" pada badan baby bagi mengelakkan kembung, di samping ia dapat melegakan baby yang sedang mengalami kembung perut. Urutan ini dilakukan pada perut baby bermula dari sebelah kanan bergerak ke pusat, kemudian bergerak lagi ke perut sebelah kiri dan terus ke bawah secara berulang-ulang. Nanti boleh apply kat baby Zara lah.

Sapukan minyak yang sesuai untuk baby, contohnya minyak habatussauda, sambil mengunakan teknik "Dendrit", "I love U", dan "kayuh basikal" (semua kaedah ni korang Google je kalau nak tau lebih detail. Ok). Sambil-sambil tu, si ibu boleh berzikir dan memujuk lembut si baby. Minyak boleh disapu pada bahagian belakang, betis, tapak kaki, dada dan perut baby.

Sumber Whatsapp Group.

4 comments:

  1. Nice info cik la thx for sharing :)

    ReplyDelete
  2. slalu gak buat urutan kt baby tue.. i love u n kayuh basikal.. lps tue kentut n berak huhuu

    salam perkenalan.. :)

    Suis rahsia Yang Dapat Menghentikan Tangisan Bayi

    ReplyDelete