Kek salah bikin?

By Cikla Shahril - October 11, 2016

Sebenarnya cikla dah habis berpantang dah dekat 2 minggu lebih dah. So, bila dah balik rumah sendiri ni memang agak kelam kabut sikit. Menguruskan 3 orang anak yang sangat aktif dan seorang anak kecil memang sangat mencabar bagi cikla. 

Mujurlah, untuk permulaan ni cikla terpaksa 'import' mak tersayang bawak balik umah untuk bantu cikla. Terima kasih mak.

Bila anak-anak dah tido, mulalah fikir nak buat itu ini. Nak-nak pulak mak ada, terfikir dan masakkan macam-macam nak bagi mak makan. 

Nak dijadikan cerita, semalam masa shopping lauk tergerak nak beli tepung kek dengan merjerin. Telur dah memang standby dah kat dalam fridge tu. Belilah pulak buah oren dengan coklat rice. 

Ting! nak buat kek oren coklat rice lah. Pagi tadi, lepas sarapan kami mulalah operasi nak buat kek. Punya excited sampai tak perasan yang mixer cikla rosak. Alamak, macam mana ni. Dah lah bahan dah campur semua. Apa lagi, tetiba nak buat idea giler mixer digantikan dengan blender. Haha, kita tengok jadi ke idak ye.

Kek salah bikin?
Kek salah bikin?

Langkah pertama, campurkan gula dengan marjerin dulu, mix guna tangan. Bila dah bercampur, masukkan dalam blender. Lepas tu, try putar agak-agak boleh pusing tak? Bolehlah sikit-sikit. Bila nampak dah macam nak kembang, masukkan telur sebijik demi sebijik, sampailah habis 8 bijik telur tu. 

Then, masukkan air perahan oren dengan kulit oren yang disagat, lepas tu masukkan tepung kek. Bila dah campur semua tengok macam jadi je, so adunan dimasukkan dalam loyang, then tabur coklat rice lepas tu bakar dalam oven macam bakar kek biasa.

Lepas satu jam berlalu, tingggggg! Kek pun masak. Mak aiii, kek tak masak tengahlah pulak. Bergenang genang pulak tu. Fikir punya fikir, kukuslah jawabnya nak bagi masak. Selepas lebih kurang 1/2 jam gitu, kek pun masak sepenuhnya. Inilah hasilnya. Rasa sedaplah pulak. 

Moral of the story : Check dulu mixer kalau nak buat kek, hahaha.

  • Share:

You Might Also Like

17 Comments

  1. Naseb baek boleh kkus lg cik la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah... nasib boleh diselamatkan lagi... huhu...

      Delete
  2. Asalam kak..lya klau bab buat kek memg faild,

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikla pun buat ni berganding tenaga dgn Mak. kalau x, x jadi jugak... hihi

      Delete
  3. Alhamdulillah..tinggg jadi...

    ReplyDelete
  4. Wkmsalam.
    Sendiri buat, sendiri makan, sendiri puji,
    oklah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.... biasalah tu ... tp serious mmg sedap jugak tau...

      Delete
  5. X cukup masa lagi kot.. apapun nasib baiklah boleh kukus :))))

    ReplyDelete
  6. Naseb baek menjadi.. Mesti sedap kan.. ^_^

    ReplyDelete
  7. putar manual la ye,lenguh tgn
    jadila jugak kek tu, nmpk sedap hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksalah manual... mujur menjadi.... :-)

      Delete
    2. terpaksalah manual. mujur menjadi... huhu..

      Delete
  8. Replies
    1. sedap jugak... mas boleh try kalau nk tau... hihi...

      Delete