Ibu-ibu baru mesti rasa kekok kan masa nak menguruskan baby kecik. Orang cakap nak pegang pun rasa tak confident je sebab kecik sangat. Lainlah ceritanya kalau baby tu lahir memang dah besar, maksud cikla berat 3 kilo ke atas. Jujur, cikla keempat empat anak, sejak dari bersalin sampailah hampir habis pantang memang mak cikla yang mandikan baby semua.
Bukan malas atau mengada ngada tak nak buat, tapi rasa macam kekok jugaklah nak pegang baby kecik walaupun dah 4 kali beranak kecik. Nak nak pulak kalau baby belum tanggal pusat. Huhu. So, kat sini cikla nak share apakah penjagaan baby baru lahir. Semoga bermanfaat.
Sebelum mandikan baby dengan air suam, uji tahap kesuaman air dengan mencelup bahagian siku ibu. Sediakan terlebih dulu baju, stoking, barut, minyak baby dan sebagainya sebelum memandikan baby. Ini akan lebih memudahkan ibu nanti.
Selepas mandi, lapkan segera baby dengan tuala tebal supaya dapat mengelakkan baby kita sejuk. Cuci tali pusat baby dengan menggunakan ‘alcohol swab‘ yang dibekalkan oleh doktor, supaya jangkitan kuman dapat dielakkan.
Stimulasi atau terapi pada baby dilakukan iaitu urutan lembut atau memilih kaedah Terapi Dendrit (untuk mengetahui lebih detail pasal terapi ni boleh rujuk pada yang pakar) bagi merangsang tumbesaran yang berkualiti serta hilangkan kembung perut berlaku pada baby.
Sapukan jugak minyak baby pada perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki baby kita supaya dia lebih selesa.
Pakaikan baby dengan barut yang kemas, jangan terlalu ketat sebab ditakuti keadaan ni akan menyukarkan baby bergerak. Pakaikan baby kita memakai pakaian yang lembut, tidak panas, sesuai dan selesa.
Kalau kita memakaikan baby dengan lampin pakai buang tau pampers, kita kena sentiasa peka dengan kesihatan kulit mereka. Jangan biarkan mereka memakai pamper yang sudah basah terlalu lama, sebab ia dapat mengelakkan baby dari mengalami ruam di bahagian punggung.
Masa menyusukan baby pulak, sendawakan baby setiap kali selepas mereka menyusu, supaya baby tak mengalami tersedak susu dan muntah. Jangan beri sebarang minuman lain pada baby. Biarkan mereka mendapat khasiat penting dengan sempurna untuk 6 bulan pertama.
Masa menyusukan baby pulak, sendawakan baby setiap kali selepas mereka menyusu, supaya baby tak mengalami tersedak susu dan muntah. Jangan beri sebarang minuman lain pada baby. Biarkan mereka mendapat khasiat penting dengan sempurna untuk 6 bulan pertama.
Sebenarnya, menjaga baby baru lahir tidak terhad pada tips-tips di atas tu je, tapi ia juga termasuklah dalam penjagaan kulit baby, menyediakan makanan pada baby, peka dengan isyarat-isyarat tangisan baby dan proses mendidik baby itu sendiri.
Sumber : Group Whatsapp.
Nice sharing cikla... :) Lea singgah malam sini baca entry baru..
ReplyDeletetq Lea sudi singgah...
DeleteNice info cikla :) kadang org takot sbb bby kan fragile. Gerun nk pgg tp sbnrnya ok je
ReplyDeletemmg ada sstgh org kalau baby nya nmpk kecik sgt mmg takut nk pgg... dh besar skit baru berani...
DeleteTerima kasih atas perkongsian info yg menarik dan bermanfaat. Bakal ibu bapa perlu sangat tahu dan faham semua ini
ReplyDeletependapat cikla mmg semua yang bergelar ibu kena tau basic ni. ayah pun kena amik tau jugak...
Deletehihi..rindu nk jga baby kecik2..dlu jga spupu msa die baby lg.waah..rindu moment tu
ReplyDeletekalau mcm tu cepat2 lah kawin... ada baby sendiri boleh ulit pelok cium puas puas kan... hihi
Delete