Teringat cikla masa pregnant anak kedua, kena minum air gula sebab berat naik banyak sangat. Minum air gula ni jugak adalah prosedur yang mesti dilalui oleh ibu yang berpotensi menghidap kencing manis atau kencing manis masa mengandung. 

Masa tu, first time kan. Dalam hati fikir, ala, air gula je pun. Manis apa. Tapi, bila tiba masa nak minum tu, masya Allah kalau ikutkan macam tak lalu nak telan. Sebab memang betul-betul air gula likat tu. Ada seorang ibu tu, sampai muntah-muntah dia minum. Mujur cikla pun tak muntah sama. Huhu.

"Ujian minum air gula ni atau dikenali sebagai Modified Glucose Tolerance Test (MGTT)...."

Takpe, lepas ni kalau ibu yang mengandung diminta minum air gula boleh cuba tips ni supaya korang boleh minum air gula tanpa sebarang masalah. Jom baca.

  • Sehari korang pergi ke klinik untuk menjalani ujian MGTT, kurangkan mengambil makanan, seperti nasi tapi lebihkan sayuran. Apa yang penting, lebihkan minum air kosong. Banyak banyak pun takpe. 
  • Biasanya kalau kita disuruh minum air gula pada keesokkan harinya, malam sebelumnya tu kita kena puasa. Start pukul 10 malam. Tapi, puasa makan je. Minum boleh lagi, tapi dalam kuantiti sedikit. Kalau air manis memang tak boleh langsung tau. No, no, no.
  • Minum 200ml air gula tu secepat yang boleh. Jangan dengan lemah longlai nya korang menelan air tu, memang confirm terjeluak balik. So, dengan pantas tau. Kalau korang nak tutup hidung masa minum pun takpe, janji dengan cepat korang melakukannya. Jangan tutup mulut sudahlah ye. Hehe.
  • Lepas minum tu, seeloknya berkumur dengan air bersih. Lagipun, mesti rasa loya dan nak muntahkan bila lepas minum. Lagipun, dengan berkumur dapat mengurangkan kemanisan yang melekat kat dalam mulut kita tu.
  • Kalau rasa nak pitam, berehatlah di tempat yang selesa dan sesuai. Lepas ujian darah kedua dibuat, jangan ambil makanan berat dulu. Lagi elok minum air kosong dulu dengan biskut atau roti. Kalau rasa dah ok sikit baru makan.

Cikla rasa masa zaman cikla kena minum air gula, memang air gula pure. Tapi, sekarang dengar dengarnya dah ada air gula berperisa lagi, contohnya perisa Oren. Wah, sedap tu. Hihi.

Sumber : Ruangan Catatan Kehamilan.