Produk kecantikan bukan hanya untuk wanita, lelaki pun boleh guna!

By Cikla Shahril - October 27, 2016

Bila bercerita pasal produk kecantikan, mesti wanita je yang sibuk kan. Lelaki pulak, tak amik "pot" pun. Orang cakap takde hawa nak cerita pasal produk kecantikan ni. Nak nak pulak produk grooming untuk lelaki kurang di pasaran. 

Tapi, lelaki lelaki semua jangan lupa yang korang jugak pasti tak kan terlepas dari menghadapi masalah kulit. Walaupun tak semualah. Betul tak?

Sebenarnya, tak salah pun kalau lelaki nak ber"grooming" macam orang perempuan, seperti pencuci muka, pelembap, penyegar dan lain lain. 

Tapi, masalahnya sekarang adakah produk ni semua sesuai dengan kulit wajah sang arjuna ni? Haippp, janganlah risau pulak. Ada beberapa produk yang orang lelaki boleh guna untuk "mencantikkan" diri mereka, hihi. Nak tau tak? Jom baca.

Produk kecantikan bukan hanya untuk wanita, lelaki pun boleh guna!
Produk kecantikan bukan hanya untuk wanita, lelaki pun boleh guna! Sumber Google.

1- Serum mata; 

Kadang-kadang, kalau kita bangun bagi mesti ada lingkaran hitam atau bengkak di bawah mata. Dah touch up pun, still muka nampak macam zombie. Jangan risau, guna je serum mata. Settle.

2- Masker; 

Kebanyakan lelaki mempunyai kulit jenis berminyak. Kalau guna pencuci muka pun tak cukup. Apa kata korang guna masker. Guna seminggu sekali pun dah ok dah. Kalau tak nak guna masker, skrub pun boleh. Bukan apa, ia akan membersihkan wajah korang dengan lebih mendalam. So, lebih freshhhh gitu, hihi.

3- Ubat jerawat; 

Kalau cerita bab jerawat ni, rasanya lelaki mahupun perempuan memang tak terkecuali kan. Salah langkah, mesti cik jerawat ni bertandang di wajah kita. Kalau begitu, guna ajelah krim krim jerawat supaya ia dapat keradangan, malah boleh membunuh bakteria yang ada.

4- Pelembap bibir; 

Kalau korang nak tau, lelaki jugak tak terlepas dari mengalami masalah bibir kering, menggelupas dan pecah pecah. Lepas tu, suka jilat jilat bibir, sebab ingat boleh atasi masalah ni. Sebenarnya masalah tak selesai pun. Kadang kadang lagi teruk adalah. Dah dah, toksah khuatir guna aje lip balm atau pelembap bibir. Tapi ingat, bukan lip gloss tau. Ia membantu menjadikan bibir lebih lembap, sihat dan bermaya.

Bagi cikla, keserasian produk tu yang paling penting. Sebelum memakai sesuatu produk tu, pastikan ia benar-benar sesuai dengan kulit kita, tak kiralah lelaki atau perempuan.

Sumber : Ruangan Keterampilan.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Lelaki yang bukan jenis jambu jambu ni kurang disiplin dalam bab menjaga kulit ni. Selalu pau bini punya je. Haha. Yang penting kena cari yang serasi dengan kulit memasing la. Dan seboleh mungkin cari yang tiada bahan kimia yang kuat, bebas paraben dan bebas SLS. Apatah lagi merkuri.

    ReplyDelete
  2. Aa biasa je kan klau laki pn jaga muka. Tp klau mlbih tk mahu jugak mek :)

    ReplyDelete