Cerita cicak!

Kata orang tua-tua, kalau kita tengah bercerita-cerita tetiba ada cicak berbunyi, itu tandanya dia "mengiakan" apa yang kita cakapkan. Tapi, tak tau pulak cikla sahih ke tak. 

Biasalah orang dulu-dulu kan, ada saja petua dan pantang larangnya. Apa yang cikla nak share kan ni adalah pasal cicak. Jom baca yang seterusnya, semoga menjadi ingatan buat kita semua. Insha'Allah.

Kalau terlalu banyak cicak di rumah, ini petandanya, maka berhati-hatilah. Kalau korang nak tau, cicak memang salah satu haiwan yang sinonim dengan rumah. Sebab tu memang senang untuk menjumpai cicak di dinding-dinding rumah.

Kadang-kadang banyak juga tahi cicak yang bertaburan terutama di bilik yang jarang diguna ataupun tandas. Bunyi cicak juga agak annoying terutama di waktu malam. Bahaya ke cicak ni? Ini sedikit penjelasan tentang bahaya cicak.

Cerita cicak!
Cerita cicak! Sumber Google.

Ruqyah Dan Hadith; Dalam dunia ruqyah (sihir), cicak itu salah satunya makhluk pembawa sihir dan harus dibunuh. Di dalam sahih Muslim dijelaskan:

"Barang siapa yang membunuh cicak pada satu kali pukulan jadi baginya seratus kebaikan. Dan jika pada pukulan ke-2 jadi baginya (kebaikan) berbeza dengan itu (yang pertama), jika pada pukulan ketiga jadi baginya (kebaikan) tidak sama dengan itu (yang ke-2)."

Dalam hadis yang lain: Ibnu Majah meriwayatkan di dalam “Sunan” nya dari Saibah Maulah al Fakih bin al Mughiroh bila dia menjumpai Aisyah dan lihat di rumahnya ada satu tombak yang tergeletak. Dia juga bertanya pada Aisyah,

“Wahai Ibu golongan mukminin apa yang engkau kerjakan dengan tombak ini?”

Aisyah menjawab, “Kami baru sahaja membunuh cicak-cicak. Sesungguhnya Nabi SAW pernah memberitahu kami bila masa Ibrahim AS dilemparkan dalam api tak satu juga binatang di bumi waktu itu terkecuali untuk memadamkannya tetapi cicak menyemarakkan lagi apinya. Jadi Rasulullah SAW memerintahkan untuk membunuhnya."

“Kitab” az Zawaid “menyebutkan" bila hadits Aisyah ini sahih.

Saat lakukan ruqyah rumah, rata-rata ketika dibacakan surat Al Baqarah selalunya ada cicak secara tiba-tiba jatuh dan mati atau kadang-kadang didapati cicak mati dengan tubuh hangus. Lantaran cicak kerap dijadikan media pembawa sihir. Banyak dari kumpulan jin yang bertukar rupa menjadi cicak untuk meletakkan racun sihir dirumah.

Rasulullah SAW telah mengkhabarkan pada kami bahawa, "Jin itu terdiri dari tiga kumpulan. Pertama, jin yang sentiasa berterbangan (melayang) di awangan, ke-2, jin dalam bentuk haiwan melata dan ketiga, jin yang mempunyai rumah dan suka mengembara.“ (HR. Thabrani, Hakim, Baihaki dengan sanad yang sahih).

Selain media sihir, cicak itu juga merupakan pembawa kuman yang bahaya. Badan cicak mengandungi bakteria berisiko iaitu bakteria Escherichia Coli atau E Coli. Escherichia Coli telah dikenali sebagai mikrob yang boleh mengakibatkan sakit perut dan boleh membahayakan kesihatan tubuh.

Sekiranya cicak terkena makanan, diharap buanglah makanan tersebut sebab dikhuatiri sudah tercemar. Waallahualam.

Semoga bermanfaat. 

Sumber : WhatsApp group.

7 comments:

  1. ucing singgah sini baca pasal cicak.(>.<)

    ReplyDelete
  2. sama la umah Unni pun cicak bnyak sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dh byk tu yg tak tahan taik nya bersepah merata... huhu

      Delete
  3. Cicak ni drp zaman nabi lg buat hall haihhh. Naseb la mkhluk allah jugak, klau tk mmburu je lerr keje mek

    ReplyDelete
  4. Yang geramnya kat surau pun banyak cicak.
    Ada saje najis dia.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.