Generasi paling beruntung?

By Cikla Shahril - October 03, 2016

Siapa kat sini lahir tahun 50-60-70-80 an? Angkat kening. Hihi. Sebenarnya, pada hemat cikla orang yang lahir pada tahun-tahun yang disebutkan ni layak disebut generasi paling beruntung. Sebab apa? Sebab, inilah generasi yang mengalami loncatan teknologi yang begitu revolusi di abad ini, dengan keadaan usia prima, sebagai generasi terakhir.

Generasi paling beruntung?
Generasi paling beruntung? Sumber Google.

Inilah generasi terakhir yang pernah menikmati riuhnya suara mesin taip, sekaligus saat ini jari kita masih lincah menari di atas keyboard pula.

Inilah generasi terakhir yang merakam lagu dari radio dengan tape recorder, sekaligus kita juga menikmati mudahnya memuat-turun lagu dari gadget.

Inilah generasi semasa kanak kanak bertubuh lebih sihat dari anak masa kini kerana mandi sungai, panjat pokok, melastik burung, main gasing, main guli, main getah gerip, adalah permainan yang setiap hari terlalu dapat dengan kita, sekaligus saat ini mata dan jari kita tetap lincah memainkan pelbagai game  di gadget.

Inilah generasi terakhir di masa remaja yang pernah mempunyai geng yang tanpa perlu membuat janji, tanpa perlu telefon atau sms terlebih dahulu, tapi boleh berkumpul bersama menikmati malam minggu sepuasnya sebab inilah generasi yang berjanji cukup  dengan hati, sebab kalau dulu kita harus bertemu untuk bergelak tawa bersama. Kini kita pun masih tetap boleh berchatting di group Facebook/WhatsApp.

Inilah generasi terakhir yang pernah menikmati lancarnya jalan raya tanpa jammed di mana-mana, dan ronda ronda naik motor sambil menikmati segarnya tiupan angin di jalan tanpa helmet di kepala.

Inilah generasi terakhir yang pernah menikmati pengalaman menyeronokkan semasa berjalan kaki berkilo meter tanpa perlu berfikir dan takut kalau ada penculik yang membayangi kita.

Inilah generasi terakhir yang pernah merasakan nikmatnya menonton tv hitam putih dengan senang hati tanpa diganggu remote untuk menukar channel sana sini.

Inilah generasi terakhir yang pernah begitu mengharapkan datangnya abang posto datang bawak surat dari sahabat dan kekasih hati.

Inilah generasi yang hanya bawa seposen, paling banyak pun 50 sen sebagai belanja semasa di sekolah tapi boleh makan sampai kenyang kat kantin.

Adakah aku, engkau dan dia generasi itu? Mesti kita rindukan masa tu kan?

Sumber : Whatsapp group.

  • Share:

You Might Also Like

11 Comments

  1. Err.. Me not.. Haha.. Tapi merasa la jgk msa kecik2 dlu zmn yg tersebut😜

    ReplyDelete
  2. hai. terima kasih kerana sudi join GA sy. dan link blog awak dah sy masukkan dalam bloglist sy. senang sikit nak blogwlking. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai... welcome... terima kasih sbb sudi up blog saya kt blogslist awk.... keep blogging...

      Delete
  3. Generasi awal 90 pn ok lg drp skang :) beza bebenor

    ReplyDelete
  4. Yeah!!! Agree tue . Saya lahir tahun 86 ... hihihi...

    ReplyDelete
  5. Kak Sha orang lahir tahun 80-an. Memang best masa tu :)
    Tapi TV hitam putih tak berapa ingat pulak, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time tu kalau yg ada tv walaupun itam putih dh kira org ada ada kan... hihi

      Delete