TG dan anti-TG untuk kanser tiroid.

By Cikla Shahril - June 07, 2021

Untuk pengetahuan korang, thyroglobulin dihasilkan oleh sel-sel thyroid samada normal atau kanser. Selepas pembedahan, biasanya masih terdapat sedikit sel normal yang tertinggal. 

So, rawatan RAI atau radioiodine pertama akan membakar kesemua sel thyroid yang normal. Manakala, radioiodine kedua akan menunjukkan sekiranya ada kanser sel thyroid terutama di luar kawasan leher.

Kadang kala, sel tiroid normal tak habis dibakar dengan sekali saja dan perlukan kita buat rawatan radioiodine lagi. Rawatan ini akan diulang sampai takde lagi tanda-tanda pada radioiodine iaitu "NO UPTAKE".  

Bila dah clear, thyroglobulin sepatutnya kosong 0. Namun, kalau thyroglobulin masih detectable, maksudnya kanser tu masih ada. And, kalau sebelum ni thyroglobulin dah 0 then pastu jadi tinggi, maksudnya kanser tersebut datang balik dan rawatan radioiodine kena diulang.

TG dan anti-TG untuk kanser tiroid.
TG dan anti-TG untuk kanser tiroid. Kredit Google.

Dalam kes tertentu, ada bacaan TG tinggi. Benda ni jadik mungkin sebab false reading yang disebabkan oleh anti-TG. Kalau anti-TG rendah dan TG tinggi, ini bermakna TG is genuinely tinggi. 

Masalah bila anti-TG juga tinggi menyebabkan pemantauan menjadi lebih sukar. And, masalah paling susah ialah bila TG tinggi tapi radioiodine negative. 

Ini akan diikuti oleh PET scan. Kalau PET scan positive, dah jadi lain ceritanya dan tak sesuai untuk dibincangkan disini sebab lebih complicated.

Ujian Thyroglobulin (TG) bukan untuk mengesan kanser. Ujian TG dilakukan hanya bagi mereka yang telah menjalani total thyroidectomy diikuti dengan rawatan radioiodine

Kalau dah buat total thyroidectomy, tapi belum menjalani radioiodine, biasanya TG masih boleh dikesan dan menjadi tak tepat. 

TG dan anti-TG untuk kanser tiroid.
TG dan anti-TG untuk kanser tiroid. Kredit Google.

Selain tu, terdapat dua kedaan TG test, iaitu stimulated dan unstimulated

Stimulated ialah TG dilakukan semasa TSH>30 iaitu selepas berhenti mengambil thyroxine selama 1 bulan atau menggunakan thyrogen. Ini lebih sensitive

Unstimulated TG pulak ialah test dibuat tanpa memberhentikan thyroxine dan test ini biasanya tak mengesan kanser berulang di peringkat awal atau masih kecil.

Sumber Info : Prof Rohaizak Muhammad dari Grup Tiroid dan Anda (ORI). 

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments