Cikla yakin semua orang nakkan keluarga dia bahagia, aman dan tenteram kan. Takde pergolakan, salah faham dan pergaduhan. Cikla pun nak jugak keluarga yang macam tu.
Apa kata kita praktikkan tip ni bersama-sama, moga kita mendapat keluarga yang bahagia dan dirahmati oleh Nya.
1. Ibu bapa menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak.
Sebenarnya ibu bapa adalah ‘role-model’ kepada anak-anak sebab mereka adalah golongan yang paling dekat dengan anak-anak.
Berkata-katalah dengan tutur kata yang sopan dan lemah lembut dan perbuatan ini juga mestilah diterapkan dalam diri keluarga yang lain dan anak-anak.
Sebaiknya, elak bersikap negatif, contohnya bertengkar, maki hamun dan penderaan suami terhadap isteri di depan anak-anak.
Bila mereka melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan mengikut sikap baik itu bila berinteraksi sesama mereka. Betullah orang kata, anak adalah cerminan dari ibu bapanya.
2. Ibu bapa awasi aktiviti anak-anak
Dalam zaman serba moden ni, mesti anak-anak didedahkan dengan penggunaan gajet seperti smartphone.
So, awasi apa yang mereka tonton melaluinya. Selain tu, pergaulan dengan kawan jugak perlu diambil berat sebab usia seperti mereka memang mudah terpengaruh untuk melakulan perkara baru.
Sebuah keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli keluarganya. InshaAllah.
3. Ibu bapa mencurahkan kasih sayang dan meluangkan masa bersama anak-anak.
Ada ibu bapa terlalu sibuk mencari rezeki sehingga anak-anak terabai. Ye, betul. Dalam zaman moden, tugas ibu bapa menjadi semakin mencabar.
Tapi ibu bapa kena ingat, anak-anak adalah golongan yang perluka kasih sayang dan perhatian yang secukupnya. Dah tentu, anak-anak akan gembira sekiranya anda sebagai ibu bapa menunjukkan kasih sayang dan meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak.
4. Ibu bapa memberikan didikan agama dan moral yang mencukupi.
Cikla setuju yang didikan agama dan moral yang mencukupi perlu diberikan kepada anak-anak sebab ia boleh membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan mereka.
Bagi ibu bapa pulak, kesabaran yang tinggi diperlukan untuk mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai.
5. Saling Menghormati Antara Satu Sama Lain
Wujudkan suasana dan sikap saling menghormati antara satu sama lain di kalangan anak-anak dan ahli keluarga.
Jangan biarkan mereka meninggikan suara dan juga memanggil antara satu sama lain dengan panggilan untuk kawan. Selain itu, sikap saling membantu juga perlu diterapkan.
Contoh, kalau anak sulung pandai dalam subjek Matematik, dia haruslah membantu adik-adiknya yang lemah dalam pelajaran tersebut.
6. Kerap berkomunikasi antara satu sama lain.
Komunikasi adalah cara penting untuk bentuk keluarga bahagia, sebab komunikasi yang salah akan menyebabkan pelbagai kesan yang tak baik kepada keluarga, contohnya bergaduh dan bercerai. Nauzubillah, minta dijauhkanlah.
Kalau mengalami masalah atau konflik, hadapi dengan tenang dan berbincanglah dengan baik. inshaAllah, semuanya pasti akan dapat ditangani dengan baik.
Dengan pendapat dan luahan dikedua-dua belah pihak dan apa yang terpenting, jadilah pendengar yang baik kepada pasangan masing-masing.
Moga memberi manfaat.
0 comments: