Fasa Menuju Kejayaan.

Untuk berjaya dalam bisnes dan apa jugak yang korang buat, bukan senang sebenarnya. Takde orang yang start hari ni, esok dah berjaya dah. 

Perjalanan menuju kejayaan tu tersangatlah panjang dan memerlukan pengorbanan dan usaha. Tak lupa jugak doa dan tawakkal. 

Ada pendapat kata, benda ni semua perlu dilalui dengan beberapa fasa yang pastinya menjanjikan 'keseronokan' dan pengamalan yang tak dapat dilupakan. 

1) Fasa excited/semangat. Time ni jiwa korang sangat bersemangat nak buat bisnes. Setiap hari sharing dan posting di media sosial.

2) Fasa mula diuji. Part ni pulak, ujian mula datang menyinggah. Contohnya, ada adik beradik yang perli, kawan-kawan yang merendahkan kita, takde sokongan keluarga malah diuji pulak dengan kata-kata negatif orang sekeliling berkenaan bisnes korang.

3) Fasa down. Fasa ni ramai yang tak mampu nak bangkit sebab terlalu banyak layan toxic people di sekeliling. Akhirnya stop, terkandas di tengah jalan. Tapi, andai korang berjaya hadap semua ujian, maka korang akan naik ke fasa keempat.

4) Fasa bangkit dari kegagalan. Korang tau tak, orang yang berjaya bangkit dan istiqamah dalam fasa ini, maka dia akan terus buat tanpa henti. Perjalanan bisnes dia akan kembali stabil dan pasti akan naik mencanak ke fasa lima.

5) Fasa KEJAYAAN. Haaa, inilah fasa yang dinantikan dan didambakan oleh semua usahawan. Jiwa raga kental dengan segala macam bentuk ujian yang melanda. Lebih tenang menghadapi segala kemungkinan. Ianya akan membuatkan korang berjaya capai apa sahaja impian Financial Freedom, bebas membeli impian, bebas hutang dan akan terus bersemangat melahirkan usahawan-usahawan baru tanpa henti.

So, teruskan sahabat. Jangan stuck di fasa ketiga. Bangkitlah dan teruskan melangkah kerana kejayaan amat hampir dengan insan yang berusaha tanpa henti.

Fast Action, Fast Result. 

#copyandpaste

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (37) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (454) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews