Tip pujuk hati sendiri?

By Cikla Shahril - June 15, 2021

TIP PUJUK HATI SENDIRI? Ada tak yang merajuk tapi takde orang yang pujuk? Alahhh, kesian dia. Meh meh cikla nak share camne kita boleh pujuk hati sendiri. Lepas ni tak payah tunggu orang pujuk dah. 

Tip pujuk hati sendiri.

Tip pujuk hati sendiri?
Tip pujuk hati sendiri? Kredit Google.

1. Iman – melalui iman yang ada dalam diri korang boleh menjadi lebih rasional, tenang dan mampu memujuk hati sendiri. So, jagalah solat dan banyakkanlah zikir.

2. Muhasabah diri – imbas kembali apa yang berlaku dalam kehidupan korang. Mungkin korang rasa macam ni sebab korang masih melakukan kesalahan itu dan ini. So, jauhi yang negatif supaya hati ini lebih mudah dipujuk.

3. Katakan pada diri, “Saya kuat” – motivasikan diri korang sendiri. Kalau korang suka menulis, so tulislah ayat yang boleh bagi kekuatan pada korang. Contoh, kalau korang ada media sosial macam Facebook ke, twitter ke, so tulis jer ayat-ayat kebaikan. Biarlah ia jadi sumber kekuatan untuk korang sendiri.

4. Menangis – menangislah kalau rasa nak menangis. Tak payah pendam. Luah jer apa yang ada dalam hati korang tu.

5. Tak lari dari masalah – hadapi masalah. Tempuh dengan penuh sabar sebab lari dari masalah tak akan selesaikan apa-apa masalah.

6. Sayangi diri sendiri – masih banyak lagi perkara yang harus ditempuhi pada masa akan datang, so jangan berterusan menyakiti hati sendiri. Pujuklah hati yang mana saat manis yang diinginkan pasti akan tiba. Hanya perlu bersabar. 

Tip pujuk hati sendiri?
Tip pujuk hati sendiri? Kredit Google. 

Ok semuaaa. 

  • Share:

You Might Also Like

0 Orang yang komen.