16 June 2021

Nak tau 13 tip raih keberkatan rezeki?

Cikla percaya, kita semua mesti pernah dengar orang kata pasal keberkatan rezeki, tapi korang fikir tak apa maksud sebenar keberkatan itu? 

Untuk pengetahuan korang, perkataan berkat ni asal di dari bahasa Arab, iaitu barakah. 

Barakah ni maksud dia bertambah atau pun berkembang. Jadinya, konsep cari keberkatan ni memang patut selalu ada dalam kehidupan orang Islam. 

Sebab, dia ni merupakan 'bekalan' yang boleh bantu kita mendapatkan hidup yang tenang. 

Keberkatan Allah ni datang dalam macam-macam bentuk dan rupa, contohnya keberkatan dalam umur dan amalan, dalam kesihatan dan harta. 

Nak tau 13 tip raih keberkatan rezeki?
Nak tau 13 tip raih keberkatan rezeki? Kredit Google. 

Ada beberapa hadis yang menyebut, Allah amat menyayangi hambaNya yang bersungguh dan tak lalai dalam melakukan pekerjaan sebab ia adalah amanah yang perlu dilakukan dengan baik.

ÙˆَÙ„َÙƒِÙ†َّ اللهَ ÙŠُØ­ِبُّ Ù…ِÙ†َ الْعَامِÙ„ِ Ø¥ِØ°َا عَÙ…ِÙ„َ Ø£َÙ†ْ ÙŠُØ­ْسِÙ†َ

Maksud: “Tetapi Allah kasih kepada pekerja (yang melakukan sesuatu amalan) yang apabila dia melakukan sesuatu perkara hendaklah melakukannya dengan baik.” (HR Baihaqi, no. 4932)

Dengan sebab itulah, barulah keberkatan rezeki bakal menyusul yang akan menarik kepada ketenangan hidup serta kecukupan yang ada.

Nak tau 13 tip raih keberkatan rezeki?
Nak tau 13 tip raih keberkatan rezeki? Kredit Google.

1. Niat lakukan pekerjaan kerana Allah dan untuk meraih pendapatan yang halal serta boleh membantu kepada perkembangan diri dan orang sekeliling.

2. Lakukan pekerjaan dengan baik. Walaupun takde yang sempurna, tapi kita boleh berusaha untuk memberikan yang terbaik. InshaAllah.

3. Amanah dan tak salahgunakan kuasa serta harta.

4. Elakkan dari melakukan pekerjaan yang syubhah, iaitu ragu-ragu dan haram.

5. Dalam bekerja, jangan lupa untuk beribadah kepada Allah sebab hakikatnya, rezeki itu datang dariNya.

6. Bersyukur dengan perkara yang diperoleh walau sekecil-kecil rezeki.

7. Zahirkan syukur dengan banyakkan sedekah dan membantu orang yang memerlukan.

8. Utamakan nafkah kepada keluarga.

9. Belajar terima teguran dan berusaha memperbaikinya supaya boleh melakukan  lebih baik.

10. Kurangkan mengeluh atau melihat kepada masalah sebaliknya cari penyelesaian di atas setiap yang berlaku.

11. Jaga juga hubungan dengan sekeliling dan rakan sekerja, di samping menjaga hubungan denganNya.

12. Amalkan zikir dan amalan sunat yang boleh menarik rezeki.

13. Perbanyakkan Istighfar untuk menghapus dosa-dosa kecil yang dilakukan. InshaAllah. 

Nak tau 13 tip raih keberkatan rezeki?
Nak tau 13 tip raih keberkatan rezeki? Kredit Google. 

#copyandpaste

No comments:

Post a Comment