Isteri mana yang tak suka kalau suami dia sayang sungguh-sungguh kan. Paling disayangi dan dicintai gitu.
Bak kata orang, sayang tu tak berubah, sama jer sejak dari kenal sampai anak dah berderet.
Bukan apa, ada pasangan masa bercinta amboi kemain cinta mati kata orang, bila dah kawin mulalah berubah hati. Huhu. Nanti timbullah macam-macam alasan itu inilah.
Sebenarnya, rasa cinta dan kasih sayang tu perlu dan mestilah dibajai supaya rasa itu terus berkekalan sampai akhir hayat.
Dan, dah tentu ia perlukan usaha dan inisiatif daripada pihak isteri sendiri jugak kan. Tak leh nak harap suami jerr.
Si isteri kena bijak tarik perhatian suami supaya diri korang tu terus menjadi fokus utama tak kiralah si suami tu sibuk bekerja camne sekali pun.
So, apa kata korang try tip ni sebagai 'senjata ampuh' korang bergelar isteri supaya kasih dan perhatian suami tak berkurang sepanjang kehidupan berumah tangga. InshaAllah.
1. Pastikan korang sentiasa nampak cantik di mata suami sepanjang masa. Korang kenalah rajin bersiap dan berhias untuk suami walaupun hanya duk kat rumah jer.
Jangan bagi alasan sibuk uruskan anak-anak dan buat kerja rumah sampai takde masa mencantikkan diri. Bila keluar jer lawa, kat rumah dah macam hantu kak limah balik rumah dah.
Korang kena tau, bila isteri cantik sepanjang masa, suami pun rasa happy jer ada di rumah. Cantiklah untuk suami ya!
2. Korang kena pandai bergurau senda dengan suami. Cikla yakin semua suami mesti bahagia kalau isteri mereka pandai menggembirakan hatinya. Pandai bergurau senda dan selalu tersenyum pada suami.
Bukan apa, benda ni juga jadi 'terapi' pada suami. Maklumlah, suami penat penat kerja, pastu balik rumah korang pulak sambut elok jer. Hilang penat suami tu.
3. Korang kena sntiasa utamakan suami dan hormat pandangan dia. Utamakan pendapat suami dulu dalam segala hal. Mintak pandangan dia dulu.
Pastu, janganlah cepat melenting kalau suami bagi pandangan yang tak kena dengan pendapat korang.
4. Jangan lupa minta izin. Haa, yang ni penting. Korang wajib minta izin suami kalau nak pergi mana-mana atau buat apa jer.
Never never membelakangkan suami sebab dalam islam ianya berdosa.
5. Korang, jom jadi isteri yang bersikap sederhana. Janganlah keterlaluan minta itu dan ini kat suami, lagi-lagi kalau suami tak mampu adakan.
6. Tak salah nak manjakan suami. Korang tau tak, orang lelaki ni suka sangat dimanjakan. Lagi-lagi dimanjakan oleh isteri dia.
7. Korang dan suami boleh bagi pendapat dan bertukar pandangan. Dalam hal ni, komunikasi sangat penting sebab ia boleh mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.
So, jadilah isteri yang bijak memberikan pendapat atau pandangan dalam apa jua isu.
8. Korang kenalah hormati hak peribadi suami. Senang cakap, jangan terlalu busybody, contohnya asyik tanya je kalau dia ingin keluar jumpa kawan ke, periksa hp dia ke, periksa media sosial suami dan lain-lain.
9. Jangan bandingkan suami korang dengan lelaki lain. Haa, ini kepantangan lelaki tau. Samalah dengan isteri. Memang pantang kalau dibandingkan dengan perempuan lain. No no no.
10. Korang kena sentiasa menjaga maruah suami, tak kira di mana korang berada atau dengan siapa korang bersama. Pastikan maruah suami sentiasa terpelihara tau. Barulah jadi isteri solehah gitu.
11. Korang sntiasa menyokong suami, tak kira di waktu susah atau senangnya. Jangan masa senang jer nak. Masa susah, bye bye.
Korang bagilah semangat kat suami, nak nak pula time dia dalam kesusahan dan sentiasa bersama dia mengharungi kehidupan sukar tanpa sebarang keluhan.
12. Korang sayang dan mencintai suami sepenuh hati. Hanya suami yang sentiasa bertakhta di hati. Curahkan sepenuh cinta kepada suami kerana Allah supaya kasih sayang kalian berdua sampai ke syurga.
Moga hubungan kita semua bersama pasangan memasing sentiasa dirahmati olehNya dan kekal sampai ke Jannah. Aamiin.
Kredit Hasnita, PaMa.
No comments:
Post a Comment